Tips jahitan selepas bersalin.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sya selamat bersalin anak 1st secara normal 20/07/23. Koyak agak banyak. Lepas bersalin tu, baby kena tahan selama 2 hari dan sya rooming in with baby. Time kat wad sya banyak duduk dari baring. Beberapa harini sya rasa tempat jahitan sya sakit, lagi2 tengah duduk. Sya try check jahitan tadi, nampak ada putih2 kat jahitan tu tapi tak pasti itu nanah @ bukan. Itu nanah ke? Jahitan sya rasa so far still intact. Cuma nampak putih2 je kat tepi2. Takutnya kalau kena jahit balik 😫 trauma kena jahit kat labor room pun tak hilang lagi 😫 ada sesiapa pernah experience macam ni tak? Ada suggestion tak ubat apa bagus supaya cepat sembuh luka tu? #advicepls #firsttimemom #firstbaby #FTM #help

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) masa mandi pastikan awak cuci kawasan jahitan awak. celup cotton ball dan dap2 kan dkt kwsn jahitan. memadai dgn air bersih sahaja 2) lepas mandi lap kering2 kawasan luka awak. jgn biarkan lembab. kalau rasa xcukup kering boleh tala dkt kipas. Pastikan juga setiap kali leas membuang awak lap kering2 3) pastikan tukar pad dgn kerap. jgn tunggu pad penuh baru tukar. atleast 2jam sekali. 4) makan makanan yg mengandungi protein (ayam/dgg/telur) supaya sel2 baru dpt tumbuh dgn baik. dn dpt mempercepatkan luka jahitan baik 5) boleh makan buah yg mengandungi vitamin c tak semestinya buah oren. 6) minum air secukupnya. jangan catu minum air

Baca lagi

Bukan nanah kot awak sbb kadang2 benang yang putih tu. Ubat mmg takyah sapu ke apapa awak, cuma jaga kebersihan je. Tapi saya suggest awak buat jugak sitz bath. Saya dulu teruk lepas bersalin bengkak kat bawah. Mau nak nangis bila nyusu tu pun gagah duduk atas bantal donut. Saya buat sitz bath fatimah tu. Beli jugak 100 lebih, everyyy dayyy saya buat. Tpi mmg elok sangat2. 2 minggu dah ok dah sbb lepas 2 minggu saya warded balik komplikasi lepas bersalin. Bila saya tnya dr hospital dorang ckp jahitan cantik kering semua 😍 Saya tak jual tau. Ni experience saya sendiri waktu bersalin oct 22. Now baby dah 9 bulan dah😍

Baca lagi
1y ago

Moga cepat sembuh ya puan.. Aamiin..

Hi. Luka jahit saya hari ke 9 dh sembuh. Tak sakit. Saya hanya bed rest selama 6 hari. Selebihnya saya buat routine rumah mcm biasa mengemas, mop. Tips saya, saya kerap tukar pad, keringkan. dan banyak makan sayur hijau & buah buahan terutama buah oren. Buah Oren sgt sgt membantu untuk cepat sembuh luka.

Baca lagi
1y ago

Sya harini hari ke-9. Tapi 3 hari selepas bersalin sya kat wad dengan baby. Kat wad tu banyak duduk sebab baby banyak nangis tak cukup susu. Lepas discharge baru sya dapat bed rest betul2. Anak dari balik rumah memang mak yang jaga. Tidur pun dengan mak. Sya nak duduk bagi susu pun tak dapat lama2 sebab sakit kat bawah tu. Dari segi keringkan tempat luka, tukar pad kerap memang sya buat. Oren pun sya makan sehari sebiji. Alhamdulillah juga sya takde masalah sembelit. Membuang elok je. Cuma kadang2 tempat jahitan rasa sakit berdenyut2 biarpun tengah baring.

time membuang kecil or besar,pastikan basuh bersih2...makan vitamin c dan protein supaya sel2 baru cepat tumbuh..

mksd nye skg awak da kt umah ke? ade appoinment kk x? bley mintak tlg nurse kk tlg check kn..

1y ago

Ye. 3 hari selepas bersalin warded dengan baby sebab kuning. Kat wad sya banyak duduk sebab air susu tak keluar lagi so baby banyak nangis. Harini kira hari ke-4 kat rumah. So sya mostly memang bed rest je. Nak duduk untuk makan pun tak selesa. Ahad nanti baru ada appointment kat kk untuk follow up kuning baby.