Anak Kuat Meragam
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Mommy's semua.. Anak saya umur 5 bulan sekarang ni kuat sangat meragam. Saya hanya bergerak dalam rumah sahaja dan tinggalkan dia sekejap pun dia menangis kuat macam kena dera. Kadang terpaksa masak sambil pegang dia. Tidur pun sekejap-sekejap ja. Saya agak penat sebab tiada masa yang lebih untuk urus diri dan rumah. Saya nak mengemas rumah, membersih rumah pun x sempat sebab baby sentiasa nak memerap dan mengempeng. Suami saya pemandu lori, selalu outstation tapi dia selalu akan bantu saya jaga anak dan tolong basuh baju. Rambut saya pula kerap sangat gugur, kadang malu dengan suami bila dia tegur rambut saya gugur dan penampilan saya dah tak terjaga macam dulu. Maaf sebab terluah, kadang rasa down. Memang normal ke fasa baby macam ni? Ada tips x mommy? Berapa lama tempoh baby akan alami tempoh macam ni ya? Terima kasih..