Hubungan dengan keluarga angkat baby

UPDATE 21/07: Alhamdulillah .. kami dah kahwin 28/4 masa kandungan cecah 5 bulan. 19/4 saya dipermudahkan jalan untuk beritahu keluarga dia dan juga keluarga saya sehari sebelum nikah. Terima kasih kepada anda2 semua yg mendoakan dan menggalakkan untuk saya terus terang je. Terima kasih banyak2🤍 Cuma mohon doa ibu2 semua, supaya suami saya lebihkan lagi perhatian dan sentuhan kepada saya. Juga doakan supaya keluarga kecil kami ini mampu untuk ada rumah sewa sendiri secepat mungkin ataupun lepas habis pantang. Terima kasih sekali lagi🤍 Assalamualaikum, saya nak meluah dan bertanya sikit. Saya single mom ( tidak berkahwin) 5 bulan pregnant dan nanti saya terpaksa bagi ke keluarga angkat atas sebb tertentu. Ikotkan nak bagitahu je family dan jaga sendiri tapi tak boleh. Saya tak tahu nak bagitahu macam mana. Saya takut buntu penerimaan family macam mana. Keluarga angkat untuk baby saya dah jumpa dan masuk je 24 weeks dia akan tanggung perbelanjaan baby. Tapi yelah mmg cakap tak meroyan tapi siapa je tak sayang anak sendiri. Tapi terpaksa sebb keadaan keluarga dan kewangan😌 Soalan saya, ibu2 yg pernah beri anak ke keluarga angkat atau yg menjaga anak angkat.Boleh share tak : 1) Apa perjanjian atau syarat antara dua belah pihak? ( kalau ada) 2) hubungan ibu kandung dengan baby macam mana? Kerap jumpe atau jarang? Kebiasaannya berapa kali dalam sebulan/ dua? 3) keluarga angkat tu bagi tak untuk jaga baby buat tempoh masa yg pendek macam sehari dua? 4) macam mana ya ibu kandung mengawal perasaan dan emosi semasa ambil keputusan dan setelah serahkan baby ke keluarga angkat? 5) apa pendapat semua? Patot ke saya bagitahu je family kami berdua? Macam mana? Ayat apa? Doakan saya redha , ikhlasnya andai kata terpaksa juga beri ke keluarga angkat dan semua urusan saya dan baby dipermudahkan, Terima kasih☺️🤍 UPDATE HERE: 👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽 Fyi : Please memahami why i dont want to let my mom know. Saya tak malu dan saya tak takut nak bagitahu , but I’m thinking forward. Kalau takda sebab munasabah, i would tell my mom simply in the first place. Tapi keadaan kesihatan dia tak mengizinkan. Yes mungkin dia boleh terima, but i know her very well. Dia jenis mikir mikir mikir sampai tak sedar dia stress and effect her health. I already lost my dad , I don’t want to lose her nak2 lagi sebb myself. So update, I will take care of my baby by myself. Obviously, i’m asking my bf to paid monthly for my expenses. Hopefully, saya jumpa shelter untuk melahirkan dan membesarkan dia sampai dia besar sikit then I’ll bring him home. So if anyone know trusted shelter please comment below 🤍 Btw terima kasih kepada yg dah comment , doa, sharing and advice before this, i appreciate it a lot🤍 #advicepls #pregnancy #pleasehelp #ingintahu #bantusharing

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum, sekadar nak berkongsi . saya juga sedang mengandung 29 minggu dan tidak berkahwin lagi . pada mula pun saya tak bagitahu family, saya hanya senyap tapi saya juga tak terlintas nak buang anak saya even masa saya dapat tahu saya pregnant pun saya rasa happy sangat walaupun tahu endingnya tak seberapa sangat . lebih kurang minggu 10 macam tu baru family saya dapat tahu walaupun bukan dari mulut saya sendiri, tapi alhamdulillah mereka redha dan terima saya dan anak saya seadanya cuma masa pregnant sekarang saya struggle seorang diri sebab family yang lain masih tak tahu tentang saya dan anak, yang tahu hanya mak dan adik beradik saya . So far walaupun seorang diri je handle pregnancy ni, tapi alhamdulillah saya rasa tenang dan saya rasa urusan saya semua dipermudahkan . Mungkin jalan cerita saya memang tertulis macam ni, jadi saya harap awak boleh berbincang dengan family dulu sebelum awak buat keputusan untuk bagi kepada orang anak awak tu . walaupun saya baru 21 tahun, tapi bila dah pregnant ni perasaan keibuan tu tetap ada, siapa je tak sayang anak . Mungkin awak perlu korbankan rasa takut awak untuk beritahu family awak tu kalau awak masih ada perasaan sayangkan anak awak .

Baca lagi
4y ago

Betul Alhamdulilllah mudah untuk family awak tahu. I pun kena covid last month. Tapi , on my side , takde sorang pun tahu I pregnant, so it wouldn’t happen to me i guess😌 btw u can check my update up there🤍