sama.. anak saya pun 4 bulan haritu demam juga. alhamdulillah da okay esok nya. saya pergi klinik terus. balik kerja terus ke klinik. dr masuk ubat bontot dan bagi ubat demam makan and bekalkan ubat bontot juga. setiap 4jam saya bagi makan ubat demam tu. and pukul 8malam masih panas terus bagi ubat bontot. alhamdulillah sangat baby saya da sihat keesokkan harinya. saya pun first time mom. anak 4bulan juga. suhu baby 38.6. anak tak nangis, maknya yang nangis dapat tahu baby demam. 🤣 semoga cepat sembuh. bawa ke klinik terus ya. jangan lengah lengah.
Beli cool fever lekat kat dahi.. mandi air lemon.. kain yang dicelup air sejuk boleh letak kat kaki beberapa minit untuk biar panas tu keluar.. mandikan air suhu biasa (air paip) Ada je ubat untuk baby tapi kalau boleh elakkan cuba cara natural dulu.. kalau 2,3 hari makin teruk dan makin tinggi suhu sis kena bawa anak ke klinik
Jgn lah expect suhu tu terus turun walaupun dah lap2. Kerapkan mandi, kalau ade lemon lagi bagus, tiap kali mandi, mandikan dgn air lemon. Jgn pakaikan baju kat baby buat mase skrg, pakai pampers je. Tak digalakkan terus bagi ubat , cuba buat yg sy share tu dulu. In case tak kebah jugak, suhu makin naik, blh ke clinic.
cuba awak bagi mandi air lemon ,