GBS + dan cecair hijau

Assalamualaikum Puan2 semua. Ada tak yang alami seperti saya dimana memang ada gbs dan saya ada sembelit. Setiap kali sembelit terjadi, saya akan tekan antara dubur dan faraj supaya memudahkan najis keluar. Dan yang menakutkan saya adalah awal kandungan, memang berlaku erosion di rahim dan ada bleeding. Dan nextnya tiap kali saya tekan waktu sembelit, jadi keluar keputihan bersama cecair hijau. Bukan itu sahaja, jika saya berjalan jauh dan terlalu laju, cecair hijau juga keluar. Untuk makluman, saya consume duphaston buat masa sekarang. Hospital prescribed. Saya baru keluar ward dalam sebulan lepas kerana keguguran terancam. Tapi cecair kehijauan ni baru sahaja terjadi selepas keluar wad. Hanya ketika episod sembelit yang teruk. Adakah perlu saya ke hospital? Bukan apa, saya segan kalau asyik dapat Dr lelaki yang check jalan bawah. Saya dah malu teruk untuk ke hospital. #pregnant #everyone #firstmom

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

High risk pregnancy ni kena get ready selalu ke hospital. Tolak tepi isu doctor lain jantina. Nyawa baby yg penting. Saya ada cousin yg lambat ke hospital & bila sampai je baby dah meninggal dlm perut. So jgn buat main benda ni. Yes cecair hijau salah 1 symptoms gbs