Sesak nafas

Assalamualaikum. normal x kalau sesak nafas sampai dada pun ikut sakit. Kalau teruk sangat sesak nafas tu kdg rasa cam nak pitam. Kuku saya pun dah berubah warna jadi purple #ingintahu

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sampai kuku tukar warna mean tak normal. segera ke hospital. sgt bahaya ya. please jgn tnya dlm sosial media Pulmonary embolism. Sesak nafas. Salah satu sebab utama kematian ibu bersalin sebab darah terlalu pekat menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. Siapakah yang ada risiko lebih tinggi mendapat pulmonary embolism? Jawapannya ialah: 1) Ibu hamil yang ada obesiti, 2) Ibu hamil yang berusia lebih tua, 3) Ibu hamil yang ada dehydration tak minum dengan cukup semasa mengandung atau selepas bersalin, 4) Ibu hamil yang bersalin Caesarean Section terutamanya tak mahu berjalan-jalan selepas bersalin, 5) Ibu yang ada pendarahan yang banyak selepas bersalin. Jangan kata ibu yang bersalin normal tiada risiko pulmonary embolism. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua ibu hamil yang bersalin dengan saya MINUM AIR BANYAK SELEPAS BERSALIN, jangan baring-baring saja mesti berjalan-jalan selepas bersalin, dan tak payah ikut amalan berpantang orang zaman dulu. Zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu bersalin zaman sekarang, tak payah ikut amalan zaman dulu. Dengarlah nasihat doktor pakar di dalam bidang. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua wanita jangan benarkan diri anda jadi obese, turunkan berat badan yang obese SEBELUM HAMIL, penjagaan kesihatan itu penting sebelum hamil lagi, bukan lepas bersalin baru nak jaga kesihatan. Inilah SEBABNYA saya menasihatkan ibu hamil yang berpuasa, pastikan anda minum dengan secukupnya di antara iftar dan sahur. Sila ke link ini untuk nasihat berpuasa semasa hamil youtu.be/wsZLB63SNcU Tahun ini saya juga ada seorang ibu hamil yang takut nak berjalan. Beliau bedrest sebab takut gugur sampai dapat pulmonary embolism. Alhamdulillah saya cepat-cepat buat diagnosis melalui CT scan dada dan cepat-cepat mulakan rawatan mencairkan darah di ICU. Saya dah beritahu beliau selepas Shirodkar cerclage, tak payah bedrest, bangun berjalan-jalan tetapi mungkin beliau terlalu takut dan tak dengar nasihat. Alhamdulillah selepas itu beliau dengar nasihat dan bangun berjalan. Selepas bersalin, saya TAK BENARKAN beliau makan apa-apa produk, tak boleh makan jamu, ubat herba Cina berharga beribu-ribu ringgit yang suami beliau beli saya suruh BUANG. Ubat herba tradisional yang dihadiahkan kepada beliau dari kawan-kawan dan keluarga saya suruh BUANG. Saya sangat tegas sebab beliau tinggi risiko pulmonary embolism berulang selepas bersalin, maka saya suruh beliau BUANG KESEMUANYA. Alhamdulillah beliau dan suami mendengar nasihat saya. Sekarang beliau sudah selamat bersalin anak yang matang dan sihat. Alhamdullilah beliau sudah pulih. Sebab inilah saya tak suka ibu hamil amalkan bedrest atas sebab takut gugur. Inilah kelebihannya Shirodkar cerclage untuk ibu hamil yang ada cervical insufficiency. Selepas saya buat Shirodkar cerclage dari awal-awal, di antara 12 hingga 14 minggu kehamilan, saya nasihatkan tak payah bedrest, saya beritahu ikatan itu kuat dan boleh pergi kerja seperti biasa. Inilah kelebihannya ikatan tinggi dan kuat Shirodkar cerclage bila dibandingkan dengan Arabin pessary atau McDonald cerclage, sebab selepas Shirodkar cerclage tak payah bedrest, tak payah duduk di hospital, tak payah duduk di rumah bedrest, boleh berjalan dan pergi kerja seperti biasa. Akhir sekali, nak jadi Pakar Perubatan yang terbaik, kita mesti amalkan Evidence-Based Medicine dan kita mesti menasihatkan pesakit apa yang terbaik untuk mereka, dan “Say NO to overclaim health products.” Nasihat saya juga kepada semua jururawat dan doktor-doktor yang junior, sila belajar evidence-based medicine dari doktor pakar specialist, jangan berhenti belajar dan teruskan tambah ilmu, jangan terpedaya dengan produk yang tidak terbukti berkesan, jangan ikut adat-adat lama yang boleh memudaratkan pesakit. Saya ingin mengucapkan syabas kepada ibu ini sebab belajar dari pengalamannya dan kemudian berubah untuk mendengar nasihat doktor. Saya ingin mengucapkan Syabas juga kepada semua ibu-ibu yang mendengar nasihat perubatan dari doktor pakar di dalam bidang dan berhenti mendengar nasihat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor, KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi
TapFluencer

wasalam.. klu sesak nafas itu bukan normal sis. sampai kan kuku da berubah warna. astagaflzm.. bahayakan diri sendiri. sempat pula tanya dlm ni. segera ke hospital.

Maaf tnye sis ade mslh jsntung ke? Risau sy dgr smpai kuku jdi purple..sis kena g klinik jump doc inform kt doc,bhya sis klau sesak nafas..

1y ago

sya xda masalah jantung. sejak 2nd trimester lgi dah sesak nafas ni lagipun sya da bagitau dr haritu tapi dia x jawab pape

seriously tanya normal x.. nafas ni kait nyawa kot 💆‍♀️💆‍♀️💆‍♀️💆‍♀️💆‍♀️

Kalau sis pregnant, lagi lah tak normal. Kan ada kes ibu hamil 8 bulan meninggal sebab sesak nafas baru2 ni.

Klu kuku dh brubh wrna tu parah dh tu sis, dgn sesak nafasnya.. allahu. Pegi hosp check cptt jgn biar

1y ago

masalahnya da tnya dr haritu tapi dia x jawab pape😭

wa'alaikumusalam w.b.t.. pergi hospital dear tanya doktor utk dapatkan rawatan segera😊

walaikummusalam saya pun mcmtu juga tapi kadang2 kuku perasan time mandi

1y ago

tak normal kalau kuku bertukar warna ya. bahaya

kalau sesak nafas doc pesan kena pergi hospital terus..

TapFluencer

Pg check.. jangan main2 or anggap biasa je sesak nafas ni.

1y ago

dah tanya dr tapi dia x jawab pape sbb tu sya post tnya kat sini