Berat badan turun

Assalamualaikum mummy semua , semalam buat checkup berat badan turun, macam mana nak naik berat badan? 1hari 3kali makan ikut time pagi ,tengah hari, malam.. susu pun dah amalkan dah setiap hari . saya dah hamil 16week next perjumpaan bulan puasa 😭 mummy boleh shere tak tips naikkan berat badan?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

waalaikumsalam. awak fokus sahaja untuk makan dengan berkhasiat. naik atau tidak itu tak penting. asalkan bila scan berat baby normal. saya dulu pun masa 15w berat turun 3kg. tapi doktor kata baby membesar normal. dia pun pesan makan je macam biasa sebab baby takde masalah. melainkan baby tak membesar tu baru perlu risau dan makanan tambahan lain

Baca lagi
10mo ago

Alhamdulillah terima kasih awak ☺️

misi dekat tempat saya ajar untuk naik berat badan makan lewat malam pkul 9 ke atas..saya dua minggu lepas misi ada bagi susu fernleaf bantuan dari klinik dapat dua paket besar..hari ni chek up naik berat dari 42 ke 43..tubuh saya jenis kurus makan banyak pun susah naik berat badan..

9mo ago

Alhamdulillah terima kasih awak, insya'Allah nanti saya cari susu tu ☺️

saya pun berat turun lagi rendah dari sebelum mengandung,minggu ni 17 week, doc smpai ambil darah takot thyroid. tapi tah la bila scan ok je saiz baby. inshaAllah ... awak pun makan je mcm biasa ...

10mo ago

Alhamdulillah terima kasih awakk ☺️

Smalah 16 minggu mcm sy, rini timbang ok kene naikkan 0.1 kg je lagi.. Makn makanan berkhasiat, makan syur lebih, fibre, kurangkan benda manis

9mo ago

Alhamdulillah terima kasih awak ☺️