Tips displin anak sejak lahir

Assalamualaikum moms... Just nak sharing pengalaman sy mendisplinkan 3 org amanah sy. Sebelum start, sy pasti ayat pertama yang menjadi persoalan dr setiap mommy adalah "lain anak lain ragam" yes sy tak nafikan tapi kita harus ingat 1 perkara, kita yang membawa dia 9 bulan, kita yg melahirkan dan kita jugalah yg mencorakkan hari2 yg bakal dia tempuh BUKAN dia yang mencorakkan kita yer... Untuk pengalaman sy, sejak anak pertama, ketika bayi di dalam rahim lagi kita harus menceritakan tentang diri kita, rutin harian, kerjaya kita. Jadi berbuallah selalu dengan dia supaya lahirlah menjadi anak yang baik, tidak banyak ragam dan sebagainya. lakukan perkara sama setiap hari, share dengan dia tentang kerjaya kita, apa tugas kita di pejabat, bagaimana kerjaya bapa. Selepas kelahiran, bayi masih cuba membiasakan diri di alam baru so kita perlu bg dia masa, kira mcm "jetlag" bile kita travel kn ?. Bila bayi dah makin slesa, masa ni lah kita cuba aturkan jadual harian dia. contoh (sesuai untuk bayi sejak lahir & dalam pantang): 9.00 am - mandi kemudian menyusu (jgn bg susu sblm mandi) 9.30 am - tidur 11.00 am - bangun menyusu 11.30 am - tidur 1.30 pm - bangun menyusu 2.00 pm - tidur 4.30 pm - bangun & bersedia utk mandi 5.00 pm - selesai mandi & menyusu 5.30 pm - bermain & berbual dgn bayi ( jgn biarkan dia tidur ) 8.00 pm - bersedia utk tidurkan dia **jadual diatas adalah sebagai contoh & pastikan jadual yg dibuat jgn diubah, InsyaAllah anda akan lebih tenang mengurus bayi anda sy buat jadual macam nih utk ketiga2 anak sy Alhamdulillah stiap malam sy dpt tidur dgn lena. Teruskan berbual dengan bayi anda selepas mereka lahir. InsyaAllah semua akan ok. Hanya ringkasan tips, bebas untuk sebarang pertanyaan yang lebih details. Selamat mencuba ?? Next sy akan share bagaimana sy bawa anak2 sy travel ✈ selepas 44 hari berpantang tapi kalau ada yang berminat nak tau lah ?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

yes nak tahuuuu

6y ago

nt kite update lg eh 😊