Hospital terus ke?

Assalamualaikum mommy2.. sy 25week..kalau sy ade rase sakit kt bawah perut.. dan kurang rasa baby gerak dr ptg smlm.. sy perlu ke hospital terus ke? Atau itu normal utk 25week ya? Tolong bantu jawab plisss ##firstmom #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #bantusharing

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Serba salah nak cakap sebab takda yng betul atau salah dalam hal ni. Cuma nya pengalaman saya sebelum ni bila kurang rasa baby gerak seperti biasa bawah 28w, bila saya pergi ke clinic, dr cakap tak perlu risau. Sebab cuma quickening shj, normal untuk tak rasa pergerakkan baby sangat. Tapi kalau risaukkan baby & untuk peace of mind, boleh je ke clinic swasta terdekat untuk check heartbeat baby. Untuk ke hospital pulak saya tak psti kes ni diterima ke tak. Sebab takda tanda lain seperti pendarahan atau leaking. Tapi boleh je cuba 😅 tak salah pun.

Baca lagi

Normally 25weeks kdg2 rasa gerak kdg2 takde. 28weeks above dah kena start kira kicks. Time tu kalau tak active memang kena pergi hospital cepat2. Tapi kalu you betul2 risau, boleh pergi check dekat private dulu dear. And at the same time,cuba try makan benda manis and minum sejuk2. Gerakkan badan sikit, and observe baby ada gerak takkkk. Kalau tak active jugak, boleh je pergi hospital/ clinic private untuk tenangkan fikiran, after dah scan tu mesti lega dah sikit. Semoga dipermudahkan ya dear. Take care ☺️

Baca lagi

Baru 25w kira gerakan baby pun belum. Rasanya macam normal je asalkan ada la rasa gerak2 sikit2 pun takpe kot. Sakit bawah perut tu macam mana? Kalau sakit sangat tak boleh tahan sampai peluh2 tu yelah bahaya. Kalau takat sakit sikit2 tu biasa. Entah la sis. Faham anak pertama memang risau2 kan. Sokay kalau risau sangat boleh try gi klinik je dulu request buat ultrasound. Kalau gi hospital takut penat kena sidai je karang sebab tak emergency 😌

Baca lagi

Wsalam.. rasanya 25w belum start kira gerakan baby kan? Sbb sy pernah pergi hospital sebelum 28w (sebelum start tanda gerakan baby) tp hospital kata takde apa pun sbb bawah 28w mmg kita tak rasa sgt baby tu active mcm 28w keatas. Plus kalau sakit perut kadang sbb angin je boleh golek2 atas gym ball dulu. Atau kalau dah risau boleh je ke hospital cuma risau kena perli mcm sy huhu

Baca lagi

normal utk pergerakan baby. sebab ruang dlm rahim awak masih luas. baby masih boleh bergerak bebas. kita start kira kick baby semasa 28w dn keatas. sakit dekat bawah tu sakit yg sgt2 ke macam mana? if awak rasa abnormal pergi scan dkt private klinik. takut hospital xlayan.

Baca lagi

Saya haritu baby kurang gerak dari pagi then malam dh tercegat dkt hospital check CTG semua dik oi.. awak ni baby dari semalam kurang gerak and now sempat lagi bertanya dekat sini????? Go to hospital now.

9mo ago

Hahhaa tulah takde nya hospital nak buat ctg kalau bawah 28w. Sy dah berpengalaman 3 kali ke hospital. 1 time bawah 28w, 2 kali lepas 28w baru hospital kalut buat ctg, siap kena warded

Kalau dah mula rasa baby gerak boleh pergi hosp kalau gerakan x normal mcm selalu sis. Mcm saya 28 weeks baru kira dalam buku. Semoga dipermudahkan urusan sis ❤️🤲🏻

untuk kepastian awk bleh pergi hosp susah nak ckap takut nnti sy ckap xyah pergi tkut bnda lain yg jadi..better prgi.. smoga urusan awak dipermudahkan

Pergi hospital terus boleh check urin sekali. Sebab awak ckp sakit bawah perutkan risau kencing kotor.

Pergi klinik. Tengok doc cakap apa. Kalau ada apa2 die akan refer hospital terus