Leher melecet

Assalamualaikum mommy2 semua, nk tanya ada tak anak2 korang kene mcm ni. Baby sy baru lepas cucuk 3 bulan hari khamis lepas, then hari ahad tiba2 jadi macam ni, habis collar baju jadi warna kuning dan merah. Dah pegi klinik tadi, doctor cakap maybe eczema tapi mcm terlalu awal utk diagnos eczema sbb dia baru 3 bulan lebih. If anak mommy2 pernah alami mcm baby sy tolong share ubat atau rawatan yg sesuai. thank you #seriusnanya #firstmom

Leher melecet
75 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ni brdasarkan pngalaman sy ya..lebih kurang ank sy. ni sbb panas ni. ank sy pernah kena. lagipun leher bby kan berlipat. rumah sis ada aircond? ad pakai buaian? kalau pakai buaian jgn ttup cover apa2 kt buaian tu dgn kain. biar je lapang. jgn kenakan apa2 sabun kt kawasan rengsa tu masa mandikan bby. buat masa ni tak payah bersabun. cukup air biasa. selagi ada merah2 tu air biasa je cukup.. kalau letak sabun lagi rengsa tmpt tu. seeloknya jgn pakai moisturizer yg sebarang. dia kne treat dgn cream berubat dulu. even moisturizer pon kena yg berubat punya. sis dpt moisturizer apa? mcm sy dpt aqueous cream? ank sy sbelum bawa jumpa pakar,dpt cream tu dri klinik,tak jalan. makin teruk. jd melekit kuning merah kesan kena kt baju. then sy jumpa pakar kanak2. dpt antibiotic syrup untuk 5 hari habiskan &cream antibiotic,cream steroid terkawal dan moisturizer ointment berubat. gaya ni mmg kne mkn antibiotic syrup mcm ank sy. ank sy esok tu trus pink kulitnya. dah xrengsa merah. tp kne consistent apply cream dan bg mkn ubat ikut time. mcm ank sy dulu lpas hbis ubat syrup tca jumpa dr nk review smpailah elok. masa ank sy kena dulu rasa umur dia 3 bulan jugak . ke 3 bulan lebih. lupa. ada makan masa sbulan jugak bru betul2 pulih. tu pon sbb sy ada skip2 timming apply krim2 dia 😂😂 lepas mandi lap bersih keringkan celah2 pelipat2 ..leher,celah ketiak. blkg telinga.. boleh bawa jumpa dr kulit.. semoga baby cepat sembuh ya? ❤️

Baca lagi