Scan 5-6 minggu

Assalamualaikum mommy semua. Saya listkan soalan saya kat bawah. 1. Scan 5-6 minggu scan atas perut atau transvaginal scan? 2. Kalau 5-6 minggu dah nampak apa? 3. Scan untuk dengar jantung baby pada minggu ke berapa? 4. Kalau saya skip scan yang awal tu terus tunggu minggu boleh dengar jantung boleh ke? Atau memang kena scan 5 minggu dulu untuk pastikan kandungan.

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mostly doktor akan suggestkan utk scan pd 8 minggu ke atas.. sbbnya 5 minggu ada yg tak nampak kantung&bby..just nampak rahim menebal..so doktor akan suruh repeat scan blik 2-3 mnggu lgi...sbbnya ada ibu akan panik waktu scan awal sbb tak nampak kantung @ bby..panik atau risau diorg pnya kandungan tak jadi.. 8 minggu tu klau dh nampak janin, doktor akan tunjuk kita denyutan jantung bby..kita blh nmpk kelip2 di screen.. Pengalaman Sy scan waktu 7 mnggu, doktor ckp klau tak nmpk waktu scan di perut, dia mintak izin utk scan dri bwah..tp sy taknak..sy ckp klau xnmpk nnt sy dtg blik...tp Alhamdulillah nsib baik dh nmpak waktu 7 weeks..

Baca lagi

1. Biasa dr akan try atas perut dulu. Kalau tak nampak baby, dr akan suggest tvs. Sebab tvs lagi senang nampak baby. 2. 5-6w depends dekat orang. Ada yang dah nampak kantung. Ada yang tak nampak kantung cuma nampak rahim tebal. Ada yang nampak kantung fetus dalam tu 3. Jantung usually 8w ke atas. Tapi kalau kecik sangat nampak blinking je dr takleh dengar heartbeat dia. Nak selamat tunggu 9-10w ke atas. 4. Boleh je tunggu scan lewat sikit. Lagi bagus sebenarnya. Sebab dah nampak baby jantung lagi lega hati. Takyah repeat scan dah. Unless ada spotting ke atau lainlain better g scan awal sebab nak makesure ngandung dalam rahim.

Baca lagi
TapFluencer

waalaaikumusalam 🥰 1. biasa scan atas perut je, kalau ada masalah baru buat tvs scan. tapi kalau nak request pun boleh takde masalah tengok tempat. 2. biasanya nampak kantung je, tapi ikut badan ada yang belom nampak apa apa lgi. kalau nak lebih jelas better 8w keatas baru scan. 3. 8w keatas. 4. boleh takde masalah. nak pastikan kandungan kene gi kk, dia akan suruh kita buat pregnancy test melalui air kencing . kalau upt double line kira mengandung laa. saya dulu gi kk mcmtu pastu buka buku pink masa 12w, baru scan kandungan.

Baca lagi

Saya 5week haritu terus masuk bawah Nampak kantung ja Pastu dtg 11week dah nampak baby jantung semua tp dri scan ja boleh nmpk dan dgar jantung baby tu Kalau yg alat dgar jantung tu tak pasti berapa week Sbb saya pun dh 14week blum buka buku lgi , kk saya ni ramai sgt smpai tak menang tgn nk handle Mggu dpn bru dpt tarikh walau saya booking awal dan siap kena marah lgi dgn doc hosp sbb buku tak buka 😂 padahal bukan salah saya , doc tu kata takut jd apa2 so buku tu la jd rujukkan

Baca lagi

Waalaikumusalam awakkk hehe ni saya jawab based on saya tau! 🥰 1. Saya 1st scan doc scan dekat atas perut je. 2. Time saya scan 1st time, time tu dah 6 minggu 6 hari nampak kantung. 3. Waktu saya 1st scan tu juga dah dapat nampak blinking and also dengar jantung baby. 4. Terpulang awak! Macam saya, delay period 3 minggu lepastu test upt naik dua line then terus ajak suami scan dekat klinik swasta terus.

Baca lagi

wslm☺️ 1) kalau awak nak sah kan kehamilan, mostly klinik swasta akan scan perut sahaja. kecuali awak ada spotting/bleeding baru buat tvs scan 2) kalau 5w mostly belom nampak apa2 lg. nak nampak kantung boleh scan masa 6@7w. 3) nak nampak baby dn heartbeat awak scan masa usia kehamilan awak 8@9w dan keatas. 4) boleh je skip. xjadi masalah pon awak.

Baca lagi

Sebenarnya selagi takde msalah apa2 mcm bleeding dan sakit yg melampau. Boleh scan lambat sikit Sbb 5 6w tu awal Ikut pada org ada yg da nampak kantung Ada yg belum nampak. Risau yg belum nampak apa2 tu nt jadi overthinking. Sy scan masa 9w brp hari tah Da nampak kantung, janin, hearbeat pun da dengar.

Baca lagi

Actually ada bagusnya scan awal, ni utk kesan adakah kehamilan berlaku d dlm rahim atau luar rahim.. klu sya sndiri, at least da nmpk kantung awal2 scan, (dlm 4-5 mggu).. lepas tu baru pegi lagi next scan dlm 7- 10 mggu tuk tgk baby n heartbeart skali

5-6 minggu nampak blinking, heart beat baby. Nampak macam kacang pea je. Syaa tak ingat scan apa tapi area rahim. Minggu ke 10 saya dah dengar heart beat dia. Scan awal penting untuk pastikan your pregancy OCCURS AT CORRECT PLACE.

wkumslm. 1. atas boleh, bwh pon boleh tgk keperluan 2. 5-6mgg boleh nmpk kantung n janin bg certain cases 3. usg scan utk heartbeat 12mgg ke atas, jika guna daphton 16mgg ke atas 4. boleh shj skip cuma jgn lebih 12mgg ye

Baca lagi