Suami selfish dan pentingkam keluarga sendiri sahaja.

Assalamualaikum hi isteri2 and bakal ibu dalam apps ni. Saya nak share dan minta pendapat dari kawan2 dekat sini. Situasi: saya telah berkahwin dengan suami hampir setahun dan kami menetap bersama mak ayah saya dah hampir 6 bulan. Masalah: suami saya selalu suka berkurung dalam bilik sahaj. Dia sangat jarang hendak bergaul dgn ibu bapa saya sehinggakan ibu bapa saya selalu mengadu yang ‘menantu aku mmg xmahu keluar bilik ke?’, ‘menantu aku tak nak tegur aku ke?’ . Husband saya jarang bercakap dengan ibu dan bapa saya. Saya dah pernah tegur, tapi dia marah dan buat muka. Dia kata this is not his home, dia rasa menumpang. Setiap kali dia balik kerja, dia akan bagi salam dan terus masuk bilik. Dia heret saya sekali, sehinggakan saya susah nak keluar dari bilik utk lepak dgn parent saya di ruang tamu. Suami hanya keluar bilik waktu nak makan dan pergi tandas. Selain tu, tak keluar. Setiap kali ibu bapa saya panggil saya keluar bilik utk bercakap atau minta tolong saya mesti dia mcm tak rela nak izinkan. Saya pun tak faham kenapa. Dahlah, tak tegur mak ayah saya. Makan pun asing2. Sampaikan saya rasa, walaupun duduk sebumbung dgn mak ayah saya, saya ni jauh sangat dari mereka. Sedangkan semua kehendak suami saya turuti. Tapi suami tetap selfish dgn cara hidup dia. Dia ingat ni duduk rumah bujang ke? Semua org buat hal masing2. Ayah saya sampai merendahkan diri panggil dia keluar bilik utk mkn sama2. Tapi dia melengah lengahkan ajakan ayah saya. Sejujurnya sebagai anak, tgk suami kita layan mak bapak kita endah tak endah, rasa perit dan sedih. Kalau balik rumah ibu mertua( mak suami), suami sentiasa berada di luar bilik dan very helpful to his mother. Tolong mak dia macam2, sembang macam2. Makan berjemaah sume dia layan elok. Kalau lepak dgn adik beradik dia, sampai susah nak masuk tidur. Tapi mak ayah dan adik beradik saya dia xlayan mcm tu pun. Pada mata saya, dia pilih kasih dan selfish. Pentingkan keluarga sendiri. Apa yang patut saya buat? Nak nasihat mcm mana? Dia taknak bergaul dengan keluarga saya. Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan okay je. Tapi sejak duduk dengan parents saya dia sentiasa menyendiri, mcm tak suka dgn keluarga saya. Kadang2 rasa nak berpisah dgn dia sbb dia tak respect family saya sepertimana saya respect dia dan family dia. Sejujurnya mak ayah saya tak prrnah ganggu dia, tak pernah halang apa dia nak buat, dan tak pernah marah atau perlekehkan dia. Mereka lebih banyak membantu, dari banyak aspek. Tapi suami balas mcm ni. Saya sebagai anak sangat sedih dan apa yg berlaku sekarang ni, tak seperti yg dibayangkan sebelum kahwin. Tolong bantu saya, saya nak mak ayah saya gembira dengan kehadiran suami dan suami pun gembira dgn kehadiran org tua dan keluarga saya. #pleasehelp

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis kena jd detektif cari punca kenapa suami mcm tu..kalau tanya secara hati ke hati tak berhasil..lepas tahu apa punca..sis kena bagi dia bayangan bagaimana kalau sis yg buat mcm tu dekat keluarga dia..apa2 mslh sklipun kalau mertua ada ckp belakanh ke apa ..krna selesaikan dgn cara baik..berkurung di bilik bkn lah penyelesaian..hidup ni kalau fikir sgt apa yg mertua ckp jahat ke apa ker..mmg xkemana..jjadi tinggal berasingan pun bkn jalan penyelesaian jgk..sbb mulut org luar lagi jahat..kalau asyik fikir perasaan kita yg terluka terguris sbb mulut org..mmg susah lah kita nk hidup dlm dunia ni..bgthu lah suami mcm tu..kalau betul lh mak ayah sis ada ckp buruk kat dia blkg atau dpn lah..tp kalau mmg sbb dia segan menumpang..bgthu lh dia spya bygkan kalau sis yg buat mcm tu kat keluarha dia..berkurung jer dlm bilik..tak keluar2..apa perasaan dia..biar dia berfikir kurang ajar ke tidak kalau begitu..sruh jgk dia bygkan kalau menantu2 dia nanti pun mcm tu jgk..apa perasaan dia..asal segan jer..asal ada masalah jer berkurung dlm bilik..sruh dia bygkan diri dia masa dh tua dan dapat menantu dgn perangai mcm dia..tp ckp semua ni kena betul2 dari hati ke hati..kena pandang tepat mata dia..tunjuk kan diri sis yg dlm dilema dan minta dikasihani agar dapat jawapan yg tulus dari suami ..itu jer lh tips dr sy..semoga suami mengerti dan memahami isi hati sis dgn sebaik nya..sblm meluahkan baca doa pelembut hati dulu supaya perbincangan menjadi mudah..jgn terlalu ikut emosi semasa berbincang ya..❤

Baca lagi