Suami selfish dan pentingkam keluarga sendiri sahaja.

Assalamualaikum hi isteri2 and bakal ibu dalam apps ni. Saya nak share dan minta pendapat dari kawan2 dekat sini. Situasi: saya telah berkahwin dengan suami hampir setahun dan kami menetap bersama mak ayah saya dah hampir 6 bulan. Masalah: suami saya selalu suka berkurung dalam bilik sahaj. Dia sangat jarang hendak bergaul dgn ibu bapa saya sehinggakan ibu bapa saya selalu mengadu yang ‘menantu aku mmg xmahu keluar bilik ke?’, ‘menantu aku tak nak tegur aku ke?’ . Husband saya jarang bercakap dengan ibu dan bapa saya. Saya dah pernah tegur, tapi dia marah dan buat muka. Dia kata this is not his home, dia rasa menumpang. Setiap kali dia balik kerja, dia akan bagi salam dan terus masuk bilik. Dia heret saya sekali, sehinggakan saya susah nak keluar dari bilik utk lepak dgn parent saya di ruang tamu. Suami hanya keluar bilik waktu nak makan dan pergi tandas. Selain tu, tak keluar. Setiap kali ibu bapa saya panggil saya keluar bilik utk bercakap atau minta tolong saya mesti dia mcm tak rela nak izinkan. Saya pun tak faham kenapa. Dahlah, tak tegur mak ayah saya. Makan pun asing2. Sampaikan saya rasa, walaupun duduk sebumbung dgn mak ayah saya, saya ni jauh sangat dari mereka. Sedangkan semua kehendak suami saya turuti. Tapi suami tetap selfish dgn cara hidup dia. Dia ingat ni duduk rumah bujang ke? Semua org buat hal masing2. Ayah saya sampai merendahkan diri panggil dia keluar bilik utk mkn sama2. Tapi dia melengah lengahkan ajakan ayah saya. Sejujurnya sebagai anak, tgk suami kita layan mak bapak kita endah tak endah, rasa perit dan sedih. Kalau balik rumah ibu mertua( mak suami), suami sentiasa berada di luar bilik dan very helpful to his mother. Tolong mak dia macam2, sembang macam2. Makan berjemaah sume dia layan elok. Kalau lepak dgn adik beradik dia, sampai susah nak masuk tidur. Tapi mak ayah dan adik beradik saya dia xlayan mcm tu pun. Pada mata saya, dia pilih kasih dan selfish. Pentingkan keluarga sendiri. Apa yang patut saya buat? Nak nasihat mcm mana? Dia taknak bergaul dengan keluarga saya. Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan okay je. Tapi sejak duduk dengan parents saya dia sentiasa menyendiri, mcm tak suka dgn keluarga saya. Kadang2 rasa nak berpisah dgn dia sbb dia tak respect family saya sepertimana saya respect dia dan family dia. Sejujurnya mak ayah saya tak prrnah ganggu dia, tak pernah halang apa dia nak buat, dan tak pernah marah atau perlekehkan dia. Mereka lebih banyak membantu, dari banyak aspek. Tapi suami balas mcm ni. Saya sebagai anak sangat sedih dan apa yg berlaku sekarang ni, tak seperti yg dibayangkan sebelum kahwin. Tolong bantu saya, saya nak mak ayah saya gembira dengan kehadiran suami dan suami pun gembira dgn kehadiran org tua dan keluarga saya. #pleasehelp

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sebaik nye kalau dah situasi mcm ni lebih baik duduk rumah asing.. x elok utk keharmonian rumah tangga sis.. mungkin ada sesuatu yg suami taknak bagitau yg buatkan dia tak selesa duduk dlm rumah tu.. impossible laa sis suami boleh berubah mood mcm tu skali tanpa sebab dan alasan.. pengalaman sy masa awal2 kawin sy suka balik rumah mertua... adik bradik suami semua layan sy baik2 .. ayah mertua suka ajak makan kat rumah... boleh kata hari2 sy dgn suami balik rumah mertua.. smpai satu masa suami ada gaduh dgn kakak dia kt rumah ayah mertua.. lepas kejadian tu ade yg bukak mulut cakap suami sy ni suka menyusahkan ayah.. suka habiskan makanan kat rumah ayah.. x bagi duit blanja kat ayah.. dan mcm2 lgi lah... pasal sy pon dorg duk mengata... padahal ayah mertua ok je takde masalah... duit belanja tiap2 bulan x pernah x bagi kat ayah.. sejak dari tu sy mmg jarang balik rumah ayah mertua dh org ckp macam2 blkg kita.. suami pon faham knp sy dh taknak balik rumah ayah dia.. balik pon jarang skali sekadar nk jenguk ayah mertua.. sy dh takde ayah... mak pon duduk jauh.. kita nk menumpang kasih keluarga mertua jadi rasa macam berat hati dah 😅

Baca lagi