Suami selfish dan pentingkam keluarga sendiri sahaja.

Assalamualaikum hi isteri2 and bakal ibu dalam apps ni. Saya nak share dan minta pendapat dari kawan2 dekat sini. Situasi: saya telah berkahwin dengan suami hampir setahun dan kami menetap bersama mak ayah saya dah hampir 6 bulan. Masalah: suami saya selalu suka berkurung dalam bilik sahaj. Dia sangat jarang hendak bergaul dgn ibu bapa saya sehinggakan ibu bapa saya selalu mengadu yang ‘menantu aku mmg xmahu keluar bilik ke?’, ‘menantu aku tak nak tegur aku ke?’ . Husband saya jarang bercakap dengan ibu dan bapa saya. Saya dah pernah tegur, tapi dia marah dan buat muka. Dia kata this is not his home, dia rasa menumpang. Setiap kali dia balik kerja, dia akan bagi salam dan terus masuk bilik. Dia heret saya sekali, sehinggakan saya susah nak keluar dari bilik utk lepak dgn parent saya di ruang tamu. Suami hanya keluar bilik waktu nak makan dan pergi tandas. Selain tu, tak keluar. Setiap kali ibu bapa saya panggil saya keluar bilik utk bercakap atau minta tolong saya mesti dia mcm tak rela nak izinkan. Saya pun tak faham kenapa. Dahlah, tak tegur mak ayah saya. Makan pun asing2. Sampaikan saya rasa, walaupun duduk sebumbung dgn mak ayah saya, saya ni jauh sangat dari mereka. Sedangkan semua kehendak suami saya turuti. Tapi suami tetap selfish dgn cara hidup dia. Dia ingat ni duduk rumah bujang ke? Semua org buat hal masing2. Ayah saya sampai merendahkan diri panggil dia keluar bilik utk mkn sama2. Tapi dia melengah lengahkan ajakan ayah saya. Sejujurnya sebagai anak, tgk suami kita layan mak bapak kita endah tak endah, rasa perit dan sedih. Kalau balik rumah ibu mertua( mak suami), suami sentiasa berada di luar bilik dan very helpful to his mother. Tolong mak dia macam2, sembang macam2. Makan berjemaah sume dia layan elok. Kalau lepak dgn adik beradik dia, sampai susah nak masuk tidur. Tapi mak ayah dan adik beradik saya dia xlayan mcm tu pun. Pada mata saya, dia pilih kasih dan selfish. Pentingkan keluarga sendiri. Apa yang patut saya buat? Nak nasihat mcm mana? Dia taknak bergaul dengan keluarga saya. Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan okay je. Tapi sejak duduk dengan parents saya dia sentiasa menyendiri, mcm tak suka dgn keluarga saya. Kadang2 rasa nak berpisah dgn dia sbb dia tak respect family saya sepertimana saya respect dia dan family dia. Sejujurnya mak ayah saya tak prrnah ganggu dia, tak pernah halang apa dia nak buat, dan tak pernah marah atau perlekehkan dia. Mereka lebih banyak membantu, dari banyak aspek. Tapi suami balas mcm ni. Saya sebagai anak sangat sedih dan apa yg berlaku sekarang ni, tak seperti yg dibayangkan sebelum kahwin. Tolong bantu saya, saya nak mak ayah saya gembira dengan kehadiran suami dan suami pun gembira dgn kehadiran org tua dan keluarga saya. #pleasehelp

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

betul ke parent awak tak pernah cakap apa2 dekat menantu dia ? suami saya dulu peramah sebelum duduk dengan rumah family saya tapi sejak akhir2 sama macam suami sis saya mula2 tengok macam tuh heran lah kan bila saya tanya rupanya dia taknak mak ayah saya selalu aibkan dia atau saya depan orang ramai atau jiran2 dia terasa katanya sebab dia nak elakkan pergaduhan dia akan memerap je dalam bilik .. kadang ada sesetengah jenis laki dia taknak buruk2kan mak ayah mertua dia so dia ambik keputusan untuk diamkan diri atau taknak kita terasa hati kalau dia cakap yang tak elok pasal keluarga kita kan ,macam saya yang pernah hadap situasi macam ni saya tak berpihak pada siapa2 awal2 tuh memang saya tak faham kenapa suami saya sanggup buat macam tu kat mak ayah saya , ada juga tegur suami tapi dia tak ngadu apa2 makin hari makin lama saya tengok makin melampau mak ayah pun dah bising2 dorang cakap suami saya sombong lah apa lah sekali saya tanya kenapa kat suami, dia cakaplah saya taknak keluar sebab nak elakkan pergaduhan mak ayah mertua dia suka buka aib atau buruk2kan pasal saya atau menantu dorang depan orang atau kepada jiran2 .. bila saya sendiri dah dengar dan dah tau punca tuh memang betul mak ayah saya suka bercerita aib saya dan suami pada orang yang tiap kali datang ke rumah ni ataupun pada jiran2 kami , jadi sekarang saya tak persoalkan apa2 .. saya dah faham kalau dia memerap je dalam bilik , nasiblah orang laki2 Allah ciptakan macam tuh kan apa2 masalah diam je kalau kita yang perempuan saya rasa dah bergaduh dengan mak ayah mertua kita 😂 , sebab tuh sekarang saya percaya kenapa bila lepas je berkahwin kita kena duduk rumah asing2 dengan family dan family belah suami , rupanya perkara yang sekecil2 macam ni lah yang boleh merosakkan silahturrahim antara kita dan mertua .. walaupun mak ayah kita sendiri kan , depan2 semuanya manis2 tapi belakang bukan main .. so saya cadangkan sis tanya lah suami tu mungkin ada yang dia terasa hati dengan apa yang parent sis cakap , bukan nak buruk sangka tapi tak salah bertanya kan jangan disebabkan masalah2 sekecil macam ni rumahtangga kita jadi masalah ataupun hubungan kita dengan mak ayah renggang .. penyelesaian yang terbaiknya adalah puan kena ambik tau kenapa suami buat macam tuh , kalau betul apa yang saya cakap ni ! ajak suami sewa atau buat rumah sendiri kalau ada duit .. duduk asing2 ni bukan sebab kita benci ke apa ke tak tapi sebab nak jaga perhubungan yang kita dah bina tuh .. kita pun taknak disebabkan hal2 yang macam ni boleh memudaratkan hubungan siapa2 kan .. jenis suami dia kalau ada masalah memang suka pendam atau diamkan diri , bukan macam kita perempuan ni apa2 je mesti nak share kat suami kan walau hal sekecil apa maybe suami sis nak jaga hati sis sebab tu dia taknak buruk2kan mak ayah sis .. kalau dah tau apa masalahnya puan kena main peranan , satu kalau boleh jangan berpihak pada siapa2 , kedua cuba ajak bersemuka kalau rasa malas nak berbincang antara keluarga g duduk rumah sendiri kalau parent tanya kenapa cakap nak belajar berdikari settle ☺️ harap membantu ye..

Baca lagi
3y ago

yess betul puan .. kalau duduk sama banyak yang busuk dari yang wangi ..