Fasa mencabar perkembangan anak

Assalamualaikum Ibu2 semua .. saya nak meluah sikitt, maaf saya xde tempat nak meluah .. anak saya baru cukup setahun beberapa hari yg lepas, masih lagi merangkak dan tgh percubaan berdiri .. dia berdiri dah kuat tahan kaki kalau saya yg dirikan, tp dari duduk kpd bangun, dia masih belajar Dan belum mahir lagi .. saya tak push anak untuk cepat belajar, saya sabar je tggu langkah pertama dia 🥰 dlm masa yg sama saya doa yg baik2 je untuk dia supaya cpt boleh berjalan, sbb ada terbaca baby 1tahun stgh (18bulan) x boleh berjalan baru ada masalah dlm perkembangan dia .. jadi saya masih ada masa lagii untuk latih dia .. yg jadi masalah dekat saya "MULUT ORANG SEKELILING" Assume nama saya jj ye (bukan nama sebenar) "anak jj ni lambat nya nak berjalan, ada problem ke" "anak jj smpai ke besar nak merangkak je ke" "badan dia gem** sgt kut sbb tu xnak berjalan, nak kena dukung je" "anak saya 9bulan dah ada langkah, xkan anak jj berdiri pun xreti, jj xajar dia ke" Allahu, saya mampu tersenyum je dgn mulut2 org sempurna nii .. yg paling saya terkesan, org2 tu semuanya FAMILY MEMBERS 😔 Awak, mak mana nak tengok anak dia xde perkembangan apa2, mak mana nak tgk anak dia duduk kt situ je xde belajar apa2 .. kalau awak nak tahu, saya la orang paling bahagia dalam dunia bila anak saya dah pandai sesuatu 😔 Saya cuma boleh berdoa je untuk anak saya ada perkembangan yg baik 🥰

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sis, itu normal tau org akan compare ,judge cara kita jaga anak mcm dia jaga tuh perfect sgt, pdhal sama je, tiap pkembangan anak lain2x even adik brdik sama pun. so normal je la, gpun bukan lambat sgt, diorg nak semua awal utk apa je, bukan ada ptandingan pun kan. geram juga dgn mulut org, ada je tak kena kt mata diorg. pdhal yg mgata pun yg ada anak, patut faham kita rasa, tapi tak . so saya harap sapa yg kena ,kuatkan diri ,sabar ,fikir positif okay, tiap org lain2x. jgn compare anak kita dgn org lain, lambat ke cpt ke, okay je selagi bukan dr./misi sendiri yg kata. ☺ .

Baca lagi

Hi JJ, kita kalau nk jwb persoalan² mcm ni mmg x akan habis malah menyakitkan hati sendiri. Nak x nak hati kena kuat, mental kena kuat bila jd ibu nak hadap org sekeliling. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Masa sy ank 1st, hati kita mmg agak sensitif, yela baru anak sorg, da masuk anak 2,3 & 4 makin lama, kita jd lantak kau la nk cakap apa, yg pasti aku tau apa yg aku da buat apa yg aku da usahakan. Ibu kena positif dulu, insyallah ank pun positif. Kalau masih dlm perkembangan tu, insyallah ank ok. Kalau da lewat dr perkembangan tu, refer pd pakar. Kuat ye ibu.

Baca lagi

Hi, awak 👋 Saya 1st mom. Anak nak masuk 3 tahun dah. Cara saya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak simpan dalam hati😁 Saya akan anggap itu modal borak or orang itu kurang ilmu. So yeah saya happy dengan mindset ni. Pada masa yang sama, paediatrician anak is 1st reference saya. And saya topup knowledge untuk saya via reading books related to parenting, breastfeeding, baby & toddler, solid start, etc. Kat rumah ada mini library. Bersusun la buku kami 3 beranak. Hehe

Baca lagi
3mo ago

mcm setuju nii, modal borak dorg 🤣🤣🤣

Anak saya 1 Tahun 10 bulan baru boleh berjalan😂 Sampai ada appointment dgn pakar dh😂 1 minggu sebelom tarikh appointment anak saya boleh jalan da💆🏼‍♀️ Mummy kena igt 1 ni je … kita ni hidup bukan utk puaskan hati sesiapa termasuk keluarga sendiri … selagi kita Ambik kisah apa org nak ckp pasal kita selagi tu kita akan mental… lantak la apa org nak ckp .. kalau dh melebih sgt maki kan je biar dia diam trus

Baca lagi
2mo ago

my son pula masa appointment 5m tak boleh meniarap lagi, nurse kata nanti 6m kalau tak meniarap kita jumpa doktor ya, a week before appointment tu dia meneroka satu rumah

saya pun baru mula belajar menerima yang bila kita ada anak ni, anak kita sentiasa di akan dibandingkan. cpt merangkak ke tak cpt berjalan ke tak cpt bercakap ke tak. semuanya jd bualan. walaupun sekadar ckp kosong tp kita ni mak mak tak suka dgr. tp apa boleh buat. sedaya upaya utk tak simpan dlm hati. yang penting saya gembira dgn anak saya biarlah dia lambat ke dia cepat ke. sabar jela kita ya.

Baca lagi
VIP Member

jd mak ni kena bljr pekakkan telinga lg2 utk org yg "lebihhhh" pandai ni🤣🤣 anak sy semua lps stahun br reti jln...kalau org ckp lambat jln sy slalu senyum je....kdg2 jwb "alahhhh nanti pandai la dia jln...." sy jenis dgr juga ckp2 org ni...tp mcm angin lalu je..langsung xsinggah kat otak n hati.rilek je dgn perkembangan anak selagi dia blm btl2 terlambat dgn proses yg sepatutnya

Baca lagi

Err… anak sy 1thn 3 bulan baru start berjalan. Masa setahun baru tengah merangkak. Skrg dah pandai lari sbb dah nak dekat 2 tahun. Sape ckp baby 1 thn slow perkembangan klau xreti berjalan. Mengarut betul family awak cakap yg bukan2. Baik ignore je buat sakit hati. Klau xtahan cuba jauhkan diri drp orang2 toksik ni biar diam sikit telinga kita aman jadinya.

Baca lagi

Abaikan je sis, mulut org takde insurans mmg mcm tu. Terpaling lah anak dia perfect sgt. Bila asyik buat perbandingan ni dr anak kecil smpi ke besar, buat anak tu rasa down terasa hati semua. Bukan ibu bapa sahaja yg rasa. Apa sis boleh buat skrg hanya fokus pd anak. Mulut2 org tu kalau ckp lagi lepas ni, sis senyum diam blah je.

Baca lagi

hai puan. ignore je mulut org. anak sy org kata lambat cakap 1y9m tak cakap lg lambat sgt blh mulut, niii mulut berat ni dia kata kat anak, now 2y2m jumpa dia lg, anak cakap tak berhenti pun dia kata lg, penat laa dari tadi potpet2, tak letih ke? see, takpayah layan mulut org, tak akan puas hati kalau dah nama manusia.

Baca lagi

santai² je sis setiap ank xsemua sama..ank sulong sy pun hritu 1tahun 3bulan Bru blh jln..selagi dr xckp pape xpyh risau..mulut org Memg dh..konon dia terpaling mak... terpaling ank yg cpt bljr..hihi..sy ni haritu gtuh la..mcm2 hadap mulut org..dh dpt berjalan di kondem nya pasal bercakap pulak..