Cervical insufficiency @ rendah pangkal rahim.

Assalamualaikum ibu² semua. Ada siapa yg senasib dengan sy mempunyai masalah cervical insufficiency? Sy cuma nk berkongsi cerita dan kerisauan. Tahun lepas sy deliver baby masa 21w 6d. Tiba² leaking, pergi hospital OS dh terbuka 3cm. Kena warded. Mlm bukaan OS dh 5cm. Tiada tanda² sakit. Hari ke3 warded barulah air ketuban pecah. Keesokan pagi baru sy bersalin . Selepas keguguran ,sy sgt down. Hampir meroyan sehingga dirujuk ke klinik Pakar Psikiatri. Faktor kehilangan anak pertama ditambah dengan xlayak untuk dapat maternity leave. Bezanya hnya sehari. Jika sy bersalin 22w br sy layak. Hanya dpt MC 2minggu. Selebihnya berulang alik ke Klinik Kesihatan minta simpati doktor utk sambung MC. Itupun ada doktor yg x nk beri atas alasan, tiada sebab utk dia beri MC sbb berpantang. Sy mmg nmpk sihat, tp mental emosi sy xsihat utk bekerja. End up, sy minta MC swasta dan Guna Annual Leave sy sehingga abis pantang. Allah Maha Baik. Selepas 2bulan pantang, sy pregnant lagi. Alhamdulillah,terubat kesedihan sy atas kehilangan anak pertama. Cuma menjadi kerisauan sy sehingga diserang GERD bila memikirkan risiko yg akan sy hadapi bila ada masalah pangkal rahim rendah ni. Mampu ke baby sy survive dengan selamat even dh buat cerclage? Ada risiko cerlage juga, baby boleh meninggal sbb infection. Dan xsemua cerlage berjaya . Hanya cerclage doktor Imelda saja yg berjaya lahir dgn selamat. Nk buat cerlage under Dr. Imelda mmg sy tiada kemampuan. Ada x ibu² yg mempunyai masalah cervical insufficiency mcm sy? Jom kongsikan pengalaman. Sy sgt perlukan sokongan moral skrg. #cervicalinsuffiency #cervicalcerclage #cervicalincompetence

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikummussalam Puan, maaf saya takda pengalaman berkenaan itu. Tetapi saya berharap puan bersabar dgn ujian ini. Pasti ada hikmah tersembunyi dari Dia. Puan kena fikir positif, mingle around dgn org ramai okay supaya tak fikir bnyk okay. Saya harap puan cepat recovery. Aamiin. Saya sendiri sudah 2 kali keguguran. Sedih, tetapi perancangan Allah lebih baik. Insyaallah. Keep strong Puan🤲🏻

Baca lagi
7mo ago

terima kasih puan atas kata² semangat. kita senasib. pnh rs kehilangan anak. mmg sedih. semoga ada kemanisan hikmah yg Allah nk bg kat kita.

sy tiada pengalaman utk pangkal rahim rendah.pengalaman sy gugur 3 kali berturut turut. situasi kita sama, punya kesedihan sama, rasa down..tp nk bt camne, byk kan bersabar utk awk dan saya juga. moga ada harapan utk pregnant lg..