Persediaan untuk bersalin

Assalamualaikum ibu.. nak tanya persediaan bersalin kena sediakan apa ya.. boleh tolong listkan untuk barang baby dengan ibu sekali tu.. saya ada siap packing baju baby.. takut ada yang tertinggal.. paling lama duduk dekat wad berapa lama ya.. week ke berapa nak kena siap kan semua barang tu.. and berapa ya kos kena bagi hospital selepas bersalin (berkemungkinan bersalin hospital kajang).. saya tak ada pengalaman nie first time saya.. mohon tunjuk ajar ya ibu ibu.. #firstbaby

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau baju baby bawak xcukup, kat dlm wad ada sediakan baju & bedung baby. packing baju, seluar, pampers, bedung, sarung kaki tgn baby dlm 1 plastik utk bg kat nurse dlm labor room je. hari2 lain xyah packing set2 pon. dulu saya buat mcm yg org ramai share dlm fb tu day 1, day 2. xberguna pon tips tu 😂 sbb baby sehari mau 2 3 pasang baju tukar, sbb berak kencing telus. maklumlah 1st time 🤣 cari panties yg pakai buang je senang, darah bnyak kdg smpai telus. jgn beli pad yg jenis sarung mcm panties, kalau bersalin normal susah nak buka2 waktu doktor nak cek luka. beli pad biasa je yg plg besar. sebelom ke hosp, buka siap2 subang, rantai, gelang segala perhiasan. saya dulu kene beranak mengejut. sebelom turun labor room baru nurse suruh buka. habis hilang 😅

Baca lagi
3y ago

Kan, sy dulu pun pernah hilang barang kemas. Excident.. mamai2 kan.. nak xray semua kena buka.. dy soh buka barang kemas.. pastu tangannya pgg tangan kita letak semua dalam plastik kononnya. Kita ni tadi percaya la.. da selesai nurse cakap da letak dalam beg tangan. Sekali balik check tak ada, lesap my barang kemas. Kejadian berlaku tahun 2013. Apa2 pun sebelum ke hospital pastikan semua barang kemas kita da tanggal siap2.