SHARING IS CARING ♥️: Kepentingan asid folik bagi bakal ibu & ibu hamil?

Assalamualaikum ibu & Bakal ibu? lately dlm forum byk yg tnya berkenaan FOLIC ACID @ ASID FOLIK..kepentingan, tujuan,berapa dose yg disarankan & dll.. so sedikit info utk ibu2 & bakal ibu2 berkenaan asid folik ni. semoga bermanfaat ya ? ~Nampaknya masih ramai wanita khususnya ibu dan bakal ibu yang keliru dengan pengambilan suplemen tambahan semasa hamil iaitu pil asid folik sebagai ubat penyubur. Sebenarnya, ia bukanlah ubat penyubur sebaliknya diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Subspecialist Maternal & Fetal dari Universiti Malaya, Prof Dr Imelda Balchin dalam satu posting di Facebook memberi penerangan lanjut keperluan pengambilan asid folik. “Asid folik tidak membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil,” petik tulisan beliau dalam posting Facebook semalam yang dikongsi hampir 600 kali. Asid folik membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect sebanyak 70% kepada anak, tulis beliau yang turut memuat naik beberapa muka surat kertas kajian berkaitan pengambilan asid folik jurnal JAMA Psychiatry pada 3 Julai 2018. Secara amnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Ini berikutan mereka tidak mendapat zat asid folik yang mencukupi daripada pemakanan yang seimbang. Ekoran itu, beliau menasihati wanita Malaysia supaya lebih bertanggungjawab untuk mengambil asid folik sekiranya tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika merancang untuk hamil. Dalam pada itu, beliau juga memetik kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil yang menunjukkan pengambilan asid folik sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Turut dipetik, maklumat kajian terbaru yang membuktikan pengambilan asid folik mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. “Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat asid folik melalui gandum yang diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan asid folik.” “Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan suplemen asid folik , supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil,” tulis Dr.Imelda lagi. “Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.”

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Thanks for sharing!