Sha Ismail profile icon
PlatinumPlatinum

Sha Ismail, Malaysia

Kontributor

About Sha Ismail

Khaleed Affan sonshine

My Orders
Posts(7)
Replies(938)
Articles(0)

SHARING IS CARING ♥️: Kepentingan asid folik bagi bakal ibu & ibu hamil?

Assalamualaikum ibu & Bakal ibu? lately dlm forum byk yg tnya berkenaan FOLIC ACID @ ASID FOLIK..kepentingan, tujuan,berapa dose yg disarankan & dll.. so sedikit info utk ibu2 & bakal ibu2 berkenaan asid folik ni. semoga bermanfaat ya ? ~Nampaknya masih ramai wanita khususnya ibu dan bakal ibu yang keliru dengan pengambilan suplemen tambahan semasa hamil iaitu pil asid folik sebagai ubat penyubur. Sebenarnya, ia bukanlah ubat penyubur sebaliknya diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Subspecialist Maternal & Fetal dari Universiti Malaya, Prof Dr Imelda Balchin dalam satu posting di Facebook memberi penerangan lanjut keperluan pengambilan asid folik. “Asid folik tidak membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil,” petik tulisan beliau dalam posting Facebook semalam yang dikongsi hampir 600 kali. Asid folik membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect sebanyak 70% kepada anak, tulis beliau yang turut memuat naik beberapa muka surat kertas kajian berkaitan pengambilan asid folik jurnal JAMA Psychiatry pada 3 Julai 2018. Secara amnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Ini berikutan mereka tidak mendapat zat asid folik yang mencukupi daripada pemakanan yang seimbang. Ekoran itu, beliau menasihati wanita Malaysia supaya lebih bertanggungjawab untuk mengambil asid folik sekiranya tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika merancang untuk hamil. Dalam pada itu, beliau juga memetik kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil yang menunjukkan pengambilan asid folik sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Turut dipetik, maklumat kajian terbaru yang membuktikan pengambilan asid folik mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. “Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat asid folik melalui gandum yang diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan asid folik.” “Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan suplemen asid folik , supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil,” tulis Dr.Imelda lagi. “Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.”

Read more
undefined profile icon
Write a reply

SHARING IS CARRING♥️ : Kemulian Bagi Wanita Hamil Dalam Islam

~Keletihan, mabuk dan juga sakit-sakit badan adalah perkara biasa buat seorang wanita yang sedang mengandung. Tidak kurang juga yang mengalami ketidakstabilan hormon dan emosi, marah-marah suami dan juga stress. ~Namun, tahukah wahai bakal ibu sekalian bahawa terdapat 14 kemuliaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada anda sepanjang anda hamil dan ianya tiada galang gantinya ? ?Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. ?Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T. ?Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan dia baru dilahirkan. ?Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap seteguk daripada susunya diberi SATU kebajikan. ?Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. ?Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. ?Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya. ?Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T seluruh dosanya dan apabila ia menghiburkan hati anaknya Allah memberi balasan 12 tahun pahala ibadah. ?Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari. ?Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari. ?Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T mengkurniakan satu pahala haji. ?Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. ?Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2.5 tahun), maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. ?Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah S.W.T akan memberi pahala satu tahun solat dan berpuasa. Jadi, janganlah kita sering mengeluh dan mendengus ketika mengandung. Banyakkan bersabar dan berdoa kerana kurniaan Allah S.W.T itu tidak ternilai harganya. Semoga bermanfaat?

Read more
undefined profile icon
Write a reply