Kesan Braxton Hicks atau Betul Tanda Bersalin?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kandungan saya sudah mencecah 37 minggu. Empat hari lepas sudah turun tanda berbentuk darah & lendir namun tiada sebarang rasa sakit. Suami terus bawa ke hospital. Sampai sahaja di hospital, dr membuat pemeriksaan & cek bukaan baru 2 sentimeter dan ditahan wad semalaman. Hari kedua di hospital, Dr pakar pula membuat pemeriksaan dan bukaan masih sama 2 sentimeter. Disebabkan tiada sebarang faktor risiko sepanjang kehamilan, bacaan CTG jantung baby juga normal serta pergerakan baby aktif, Dr membenarkan saya untuk pulang ke rumah dan menasihatkan supaya melakukan senaman agar memudahkan bukaan jalan. Hingga hari ini iaitu termasuk hari keempat selepas turun darah, saya masih lagi di rumah dan menunggu datangnya sakit untuk melahirkan agar terus dapat bersegera ke hospital. Saya mula khuatir kerana masih belum ada sebarang kesakitan, melainkan tanda seperti keluar lendir berwarna coklat sesekali. Soalan saya, adakah dari kalangan ibu² di sini pernah mengalami situasi yang sama seperti saya? Adakah kebimbangan saya kerana bayi belum lahir wajar? Mohon sedikit pandangan dari ibu² sekalian. Terima kasih. Doakan saya dipermudahkan bersalin ?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

cmni la sy time bersalin anak kedua tahun lepas. 29/1 keluar tanda coklat. Bukaan cuma 1cm. Then keluar lendir darah tp bukaan blm besar lg. Sy pg jalan2 dkt mall, tengok wayang, bt senaman jalan itik byk kali. Last2 bru rasa sakit contraction yg gap dia 5minit2. Awal pagi 1/2 pegi hospital cek bukaan dah 5cm terus masuk labor room. 4 hari selepas keluar tanda baru bersalin😂. Sis tryla jalan itik sampai penat. Bt senaman squat.

Baca lagi

Mungkin belum waktu utk melahirkan lagi tu. Sy pn mcm tu.. Mase ank sulong ade keluar coklat dan lendir.. Slps 2ari temujanji klinik bagitau kt doc ade kluar coklat dn lendir.. Doc cek bukaan baru 2cm. Tkde rase sakit ape ape pn.. Sy pergi je kerja mcm biase. dh ade rase sakit sikit² baru cpt cpt pergi hosp..

Baca lagi

insyaallah banyak berdoa dan terima kasih atas pengalaman dan nasihat sis.saya baru 28 weeks 1day saya xde pengalaman dalam mcm nie tp mak saya selalu marah lau xbanyak bergerak dia ckp nanti susah nk bersalin saya xtau lh.insyaallah dipermudahkan segala urusan bersalin.

Sama lah sya skrg dah 37w 6d..hari raya kedua ada kluar darah dgn lendir tapi tak banyak dan tak sakit.cuma sesekali bby mengeras je rasa sakit bukan sakit mcm nak bsalin.esok 3hb dah kena serah diri sbb ada darah tinggi ngan gdm on diet.ni pun lum ada tanda2 lagi😁

5y ago

Saya pun due 17/6..belum ad ap2 tanda..huhu

saya 03 kluar darah n lendir 05 baru bersalin. x sampai pula 4 hari tu pun hasil nenek gosok selusuh. rasa nya normal sis rajin2 banyak kan berjalan. kalau sis risau sis call hospital tanya.

Saya 1 week sbelum due setiap pagi sya buat senaman squat sebab dh 39week masih belum turun tanda apa2..Alhamdulillah 39w2d sya slmt melahirkan baby🥰

Banyakkan berjalan n buat exercise... anak sulung sy dl sy byk buat exercise then kluar tanda darah n lendir lepas 24jam truz bersalin.

sya pla tdk prnh bgtu sis..ap2 sya doa kn sis smoga cpat mlhir kn dn d prmudhakn..

5y ago

Terima kasih 😊

Semoga dipemudahkan segala urusan awak Aamiin..