Mengandung ke nak period ?

Assalamualaikum Dan hello . lama saya tak tanya soalan2 dalam ni . Kali ni baru nak tanya kembali . Harap ada yang dapat jawapan kan . Saya memang menanti anak kedua . Selepas gugur tahun lepas . Semalam saya bangun je tidur perut saya tak selesa sangat2 . Perut saya mengeras dan tegang . (Mcm perut2 orang mengandung) . Kalau berjalan serta diri lama mmg sakit sgt . Hingga ke hari ni perut saya Masih rasa mcm ni . Saya Cuba check upt . Naik 2 line (utk 3 test) , tapi line dekat tiga2 tu sangat2 kabur . Saya terfikir mgkin line kabur sbb Masih baru (kalau ada rezeki) Tp mungkin juga line terjadi sebab hormon nak priod saya . Ohh yaa , period saya kalau ikutkn lagi 4 hari . Saya terdetik nak buat upt . Disebabkan simtom nak period ni lain macam . Memang terfikir ke arah mengandung je . Ada tak pengalaman sama mcm saya ? Korg betul2 mengandung ke ? Atau hanya hormon yang tak okay disebabkan nak period ?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

waalaikumussalam macam saya lebih suka test bila dah delay period walaupun rasa simptom lain macam/ kearah pregnant. btw semoga ada rezekinya..in Sha Allah.

3w ago

saya suami asyk2 suruh . sebab dia pun pelik saya lain macam 😅 . in Sha Allah aamiin . terima kasih