Masalah Kewangan di luar negara
Assalammualaikum para ibu sekalian. Sedikit intro dari saya, saya fly ke sebuah negara ketika saya mengandung 5 bulan dan perancangan asal adalah untuk bersalin di negara ini. Namun demikian, setelah membuat lawatan ke klinik, office daerah dan juga lawatan ke hospital yang saya direfer, kos bersalin setelah ditukarkan dalam mata wang ringgit Malaysia mencecah RM13k. Ini merupakan minimum expected kos dengan bilik sharing dan normal delivery, sekiranya ceaser atau mempunyai komplikasi kos itu akan jadi lebih tinggi. Pada asalnya, saya buat google search kos bersalin di negara ni memerlukan kami untuk mengeluarkan wang dalam RM 3-4k, namun realiti tidak seindah seperti yang dibaca. Kini saya buntu, kerana saving tidak mencukupi. Sekiranya kalian di tempat saya, adakah kalian akan meminjam wang kenalan2 yang ada di negara asing ini atau kalian buat keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan Malayasia?