Taknak kena induce
Assalammualaikum ibu2, ada tak cara nk bg sakit kontraksi dtg atau ada bukaan before kena imduce. Takot pula kena induce. Dgr kata lagi sakit sgt berbanding yg kontraksi sendiri dtg.

Waalaikumsalam. Saya mommy yg baru sahaja bersalin anak pertama secara normal pada 8/5 (genap 39 minggu) . Pagi 8/5, saya pergi ke bank untuk bukak akaun BSN sampailah nak dkt tengahari (masa ni tak rasa apa2 lagi). Otw balik rumah, saya start rasa contraction mcm senggugut tu, saya kira dalam selang 15-20minit terus saya call husband. balik je rumah, ibu suruh saya makan nasi ayam + telur separuh masak & air milo untuk tenaga before pergi hospital. Lepas makan terus pecut pergi hospital, masa tu contraction makin ganas selang 10 minit. Sampai je hospital jam 2 ptg, amik RTK dulu & saya ckp nurse saya dah sakit selang 10minit dah ni! Terus nurse seluk tgk bacaan dah 4cm! 🤣. Dgn tak sempat tuko baju hosp, saya pakai jubah masa tu, nurse terus tolak saya dekat labour room. Nurse kata dia induce belon untuk tgk bukaan cpt buka ke tak. (kalau tak induce ubat/belon, kita kena lah tunggu bukaan kontraksi tu buka sendiri dgn sambil menahan sakit). Kuasa Allah, tak sampai sejam bunyi pop, nurse check bukaan dari 4cm terus buka 9cm! 😭 standby air mineral ya, sbb saya duk layan contraction tu 4 kali minta suapkan air mineral sbb haus 😁(masa induce belon ni, saya ikut je ckp doc tarik nafas dari hidung dada dalam2, hembus perlahan dgn mulut & baca zikir Nabi Yunus - hebat ya zikir Allah ni) sbb saya tak nak tunggu lama2, saya nak sakit tu sekali haritu jugak! nurse terus panggil doc, masa tu rasa nak terberak sangat2! teran laaa dgn teranan yang panjang jgn dgn teranan yg pendek. (sakit mmg sakit, Allah je Tahu sakitnya, rasa nak hujung nyawa dah 😭). Jam 3:36 petang, anak saya selamat dilahirkan. disebabkan anak saya besar, 3.4kg sayanya kecik je orgnya 😆 sampaikan doc gunting sikit bawah pun taktau ya. sbb contraction tu la yang paling sakit. Dalam fasa nak tunggu hari bersalin, pujuklah sentiasa baby kt perut, "permudahkanlah urusan mama nak bersalin ya." Saya tak pasti dengan makan telur separuh masak akan cepatkan bukaan. - saya ambil tips ibu yg dah lahirkan kami 6 beradik secara normal- (wallahualam). bacaan zikir Nabi Yunus pun membantu sangat. Semoga sis dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Kita ibu yang kuat & hebat yang Allah telah jadikan. Mindset kena positif sentiasa tauuu, fikir yg baik-baik je standby bag ibu & baby dalam kete okay! ❤🤗
Baca lagi

