Tambah Selera Makan Bayi
Assalammualaikum, boleh bagi tips tambah selera makan anak? selain produk2 online tu? Anak saya ni, makan pun kena paksa. Sampai menangis, baru saya berhenti kejap. Lepas tu sambung bagi balik. Susah hati anak tak ada selera....
Pelbagaikan makanan dia sis. Baby pun macam kita ada masa jemu makan nasi mulalah kita nk makan yg lain. Baby pun macam tu cuma dia xpandai nk bgtau apa dia nak. Sis bole try baby organic noodle bole beli di kedai barangan baby..bole masakkan dia pasta..dan macam anak saya dia xmau disuap. Dia nk pgg nk rasa tekstur makann dia sendri. Terpaksa redha walaupun memang habis comot & bersepah. Itu normal. Pada saya xapalah bersepah, janji dia nak makan drpda kita paksa utk dia terima apa yg kita suap. Dan alhamdulillah dia xada masalah dengan berat badan sebab dia memang makan cuma dengan cara dia la. Kita kena pantau je. Sis bole join HBFM di facebook. Dlm tu ada baaaaaanyak sangat menu untuk anak2 yg dipantau oleh pakar pemakanan kanak2 Malaysia. Taip je HBFM, join je la group tu.
Baca lagibby umur berapa bulan? bila dah nak cukup masa untuk anak makan,jangan bagi dia susu. bila dah bagi susu, dah kenyang,bby mmg tak nak makan. mmy kena tukar² menu. anak² pun tahu jemu. contoh,hari ni buat bubur ayam + lobak + kentang = bland halus. besok,tukar pulak menu. bubur nasi,ayam/ikan rebus + labu = bland halus dan begitulah seterusnya. seminggu tu mmg kena tukar² menu. tapi kalau anak dah tukar kepada makan yg agak kasar,mmy tak perlu lah bland ye. itu contoh je..hehe saya mmg tak bagi anak² makan yg nestom atau apa² produk tu. sbb anak saya mmg tak nak. jadi sy mmg masak sendiri semuanya. lepas aubuh terus masak menu makan tengah hari anak. pagi tu biasa saya bagi roti/biskut cicah susu.
Baca lagiBerapa umur anak? Anak minum susu formula tak? Biasanya kena kurangkan susu untuk bagi anak makan. Pelbagaikan menu. Ada yg suka pasta, tak suka nasi. Ada yang suka bihun, nasi goreng. Anak sy pernah hanya nak makan kentang & carrot sahaja masa lunch. Beri pelbagai buah2an dalam menu juga. Boleh buat homemade ice cream - yogurt & buah-buahan Memang mommy kena sabar banyak2. Lain anak, lain cabarannya..
Baca lagihai ibu, anak berapa bulan? macam anak saya tak ada gigi lagi tp nak makan nasi, sy buat juga nasi + sup. (selalu lah tukar2 jenis sup jgn yg sama je tau) x kesah apa2 sup. Kadang sy buat tahu telur yg makanan lembut beri dia. Alhamdulillah xde sembelit, beri juga dia banyak air + buah buahan. Semoga baby ibu sihat hendaknya 🥰
Baca lagi