Boleh solat tak

Assalam hi . sy nk tnye .. sy ambik depo .. 2 mnggu lepas tu sy period 15 hari . then bleh solat mcm biasa selama 10 hari . pastu skrg ad balik spotting wrna hitam n skrg kluar lendir darah dah tp xbnyk lagi mgkin prgkat awal . Tu period k ? atau kesan depo ? jd sy bleh solat mcm biasa atau x ? sbb sy was was . sblm ni period sy teratur je tiap bulan . mmg awal awal spotting mcm ni . trima kasihh

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tempoh suci mestilah sekurang2nya 15 hari sis. Kurang 15 hari kira istihadah=kena solat. Dari Mufti Wilayah: Haid dari segi istilah syarak ialah darah tabi’i yang keluar daripada pangkal rahim perempuan ketika badannya sihat dalam tempoh tertentu.[ al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:118 ] Sementara istihadah menurut syarak ialah darah penyakit wanita yang keluar daripada hujung urat yang berada di bawah rahim yang dikenali sebagai ( العاذل) selepas tempoh sebanyak-banyak haid atau selepas tempoh sebanyak-banyak nifas atau darah keluar berterusan selepas hari kebiasaan haid. [al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:126] Seterusnya, ciri-ciri istihadah ialah: -Keluar darah sebanyak 2 kali yang diselangi oleh tempoh suci yang kurang 15 hari -Keluar darah selepas tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari -Keluar darah kurang daripada 24 jam -Keluar darah sebelum umur 9 tahun -Keluar darah selepas tempoh 60 hari nifas Daripada pengertian istihadah serta ciri-cirinya, dapat disimpulkan bahawa istihadah ialah darah yang keluar bukan waktu kebiasaan haid mahupun nifas atau dengan kata lain pada tempoh suci.

Baca lagi