apa hukum nya?
assalam nak tanya. saya rancang sendiri misalnya husb nak tapi masa tu saya tengah subur. saya tolak ajakan. berdosa tak? #pleasehelp #bantusharing #ingintahu #f1rstimemom

wsalam pd puan yg bertanya.. jika tiada mslh kesihatan dan uzur ia berdosa.. dr apa sy dgr dkt ceramah agama dan apa yg sy bc...jika kita tolak kita akan tidur dalam keadaan brdosa dgn suami hinggala ke subuh jika suami tidak redho dgn penolakan kita ... dan jika ms kita tido tu di jemput olehNya dlm keadaan brdosa pd suami ..Allahu xtw nk ckp mcmne . tp pape pun komunikasi tu penting dlm prhubungan suami isteri..tp apa sy share ni sy pnh dgr ms ceramah agama..topik ttg suami isteri..dan pnh bc juga dkt lamanweb mufti ttg ni..jd sy sharekan apa yg sy faham dan tw..hrp dpt mmbntu puan.. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-8/10] Justeru itu, kami katakan bahawa seorang isteri wajib mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Tambahan pula, bersetubuh merupakan hak bersama di antara isteri dan suami dan ia perlu dibincang dan disepakati secara bersama dengan baik. Antara perkara yang penting dalam bersetubuh ini perlu dilihat adalah adab-adab dan hukum-hakam yang perlu diraikan supaya tidak berlaku sebarang kezaliman. disini sy sharekan link ttg perkara ini..hrp dpt mmbntu puan...dan juga maaf jika apa sy share ni blh menyinggung perasaan puan..sy tiada niat utk buat puan trsinggung hrp dpt maafkn sy... ..mg dpmudahkan segalanya amiin https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2813-irsyad-al-hadith-siri-ke-305-menolak-ajakan-suami https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5533-irsyad-al-fatwa-siri-ke-755-hukum-isteri-menolak-nafkah-batin https://maktabahalbakri.com/keadaan-isteri-berhak-tidak-melayan-suami/
Baca lagi

