apa hukum nya?

assalam nak tanya. saya rancang sendiri misalnya husb nak tapi masa tu saya tengah subur. saya tolak ajakan. berdosa tak? #pleasehelp #bantusharing #ingintahu #f1rstimemom

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy cuma nak share tentang pill emergency penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Adoi laaa. Awat laaa tanya soalan macam ni...🤦🏻‍♀️. Mai nak habaq. Pil perancang tu PLAN A. Pil Postinor tu PLAN B. Maknanya, kalau PLAN A tak jadi, baru laa kita buat PLAN B. Kalau dah ada PLAN A, buat apa nak buat PLAN B? Tujuan mengambil pil perancang ialah untuk mencegah kehamilan. Ia berkesan bila anda menggunakan pil ini mengikut peraturan yang diberikan. Bila anda berhenti menggunakan pil perancang, kesuburan anda akan kembali seperti sediakala mengikut usia anda. Maknanya, jika anda mula ambil pil perancang bila usia 30 tahun, dan kemudian anda berhenti ambil pil perancang bila usia 40 tahun, kesuburan anda memanglah tidak akan kembali seperti kesuburan anda semasa anda berusia 30 tahun. Jangan tuduh pil menyebabkan anda menjadi kurang subur kerana hakikatnya ialah anda menjadi kurang subur bila usia meningkat. Dan jika anda berhenti ambil pil perancang selepas menopos, jangan laaa harap kesuburan anda akan kembali seperti sebelum menopos. Semasa anda menggunakan pil perancang keluarga dengan betul mengikut peraturan yang diberikan kepada anda, ANDA MEMANG TIDAK SUBUR, selagi anda menggunakan pil perancang itu. Memang pun tujuan anda ambil pil itu untuk mencegah kehamilan kan....maka anda tidak perlu laaaa fikir lagi apakah tarikh kesuburan anda dan tak payah laaa bimbang lagi tang mana nak pancut air mani tu, yang tu ikut suka hangpa laa tang mana hangpa nak pancut! Jika anda sudah menggunakan pil perancang keluarga mengikut cara yang betul, maka anda tak perlulah guna pil postinor. Postinor itu levonorgestrel emergency contraception. Postinor itu bukan kaedah merancang keluarga untuk kegunaan setiap hari. Ia digunakan sebagai emergency sahaja, iaitu selepas membuat hubungan kelamin, untuk mereka yang tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga yang berkesan. Sebagai contoh; 1) Jika condom yang digunakan itu didapati berlubang atau terkoyak, atau 2) Jika alat merancang dalam rahim (Intrauterine contraceptive device, IUCD) terjatuh keluar, atau 3) Jika terlambat ambil suntikan depo provera, atau 4) Jika terlambat tukar implan selepas 3 tahun, atau 5) Jika terlupa ambil pil perancang combined oestrogen dan progestogen melebihi 2 hari, atau 6) Jika terlupa ambil pil perancang progestogen melebihi 1 hari. Postinor itu tidak memberi keberkesanan yang tinggi seperti pil perancang keluarga. Sebagai contoh, jika anda menggunakan pil perancang keluarga, keberkesanannya dalam mencegah kehamilan ialah 91%. Jika anda membuat hubungan kelamin dan tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga dan kemudian anda ambil pil Postinor di dalam masa 72 jam (atau 3 hari) melakukan hubungan kelamin, keberkesannya dalam mencegah kehamilan secara keseluruhannya ialah hanya 85%. Semakin lambat, semakin kurang berkesan, walaupun dalam jangkamasa 3 hari itu. Ia juga hanya berkesan melewatkan ovulasi selama 5 hari jika ovulasi belum berlaku. Jika ovulasi sudah berlaku bila anda ambil Pil Postinor, ia tidak berkesan. Anda akan dapat sedikit pendarahan beberapa hari selepas menggunakan pil Postinor. Inilah dinamakan withdrawal bleeding. Inilah lagi satu sebabnya doktor tak galakkan anda menggunakan pil Postinor sebagai kaedah merancang keluarga berkali-kali dalam sebulan, melainkan untuk kecemasan seperti contoh yang saya berikan diatas, sebab ia kurang berkesan semakin banyak kali anda membuat hubungan kelamin dan anda boleh dapat pendarahan berkali-kali dalam sebulan jika anda menggunakannya berkali-kali dalam sebulan dan akan keliru yang mana satu kah haid anda yang sebenarnya. Jika sudah melebihi 4 hari selepas hubugan kelamin, anda sudah terlambat untuk Pil Postinor dan pil PLAN B yang lebih baik ialah Pil Ulipristal. Jika anda seorang yang obese, Pil Postinor juga kurang berkesan dan pil PLAN B yang lebih baik ialah juga Pil Ulipristal. Jika anda sudah melebihi 5 hari, hanya IUCD berkesan untuk PLAN B. Malah, IUCD lah PLAN B yang paling berkesan. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa. Toksah laaa tanya masalah peribadi perseorangan anda di sini. Pi jumpa doktor di klinik untuk penilaian kesihatan sebelum mengenalpasti kaedah manakah yang terbaik untuk anda. Toksah tanya saya pil ni baguih untuk anda di media sosial sebab saya tak boleh buat penilaian kesihatan anda di media sosial dan tak suka buat kerja cincai cincai. Terimakasih.

Baca lagi
VIP Member

wsalam pd puan yg bertanya.. jika tiada mslh kesihatan dan uzur ia berdosa.. dr apa sy dgr dkt ceramah agama dan apa yg sy bc...jika kita tolak kita akan tidur dalam keadaan brdosa dgn suami hinggala ke subuh jika suami tidak redho dgn penolakan kita ... dan jika ms kita tido tu di jemput olehNya dlm keadaan brdosa pd suami ..Allahu xtw nk ckp mcmne . tp pape pun komunikasi tu penting dlm prhubungan suami isteri..tp apa sy share ni sy pnh dgr ms ceramah agama..topik ttg suami isteri..dan pnh bc juga dkt lamanweb mufti ttg ni..jd sy sharekan apa yg sy faham dan tw..hrp dpt mmbntu puan.. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-8/10] Justeru itu, kami katakan bahawa seorang isteri wajib mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Tambahan pula, bersetubuh merupakan hak bersama di antara isteri dan suami dan ia perlu dibincang dan disepakati secara bersama dengan baik. Antara perkara yang penting dalam bersetubuh ini perlu dilihat adalah adab-adab dan hukum-hakam yang perlu diraikan supaya tidak berlaku sebarang kezaliman. disini sy sharekan link ttg perkara ini..hrp dpt mmbntu puan...dan juga maaf jika apa sy share ni blh menyinggung perasaan puan..sy tiada niat utk buat puan trsinggung hrp dpt maafkn sy... ..mg dpmudahkan segalanya amiin https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2813-irsyad-al-hadith-siri-ke-305-menolak-ajakan-suami https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5533-irsyad-al-fatwa-siri-ke-755-hukum-isteri-menolak-nafkah-batin https://maktabahalbakri.com/keadaan-isteri-berhak-tidak-melayan-suami/

Baca lagi

klau suami setuju n redha dgn alasan tolak bersebab awk tu insyaAllah..tp klau suami x redha..merajuk..marah..masam muka tu y masalah..ape pun suami isteri dlm bab ni kena bincang elok2.klau awk mmg sblm ni mmg dah plan same2 nk elak dari hari subur jd rse msti dia dah tahu..klau mcm awk je y plan so kne terang awl2 lepas ni..n kena sediakan kondom.sbb klau sy mmg akan bgtau mcm arini sy tengah subur so mmg suami sendiri mmg Kate risau n tunda.

Baca lagi
1y ago

puan, boleh bincang dgn suami. andaikata dia nak bersama hari tersebut, mntk lah suami bagi ruang masa utk awk rehat wktu siang. contoh kata gantung kuali ke utk sehari, or else boleh je bersama sebelum wktu subuh. tido dulu, then bangun awl sikit dri selalu.

alhamdulilah lepas beranak ceaser haritu betul² rancang dgn husband anak dh 10bulan stakat ni kalau bersama suami dia tak pernah buang dalam pakai condom pon tk pernah sbb mmg rancng btl² nk stabilkn ekonomi keluarga, bgi kasih syg yg secukupnya pada anak. nasib dapat husband yg memahami and dia sndiri tk sanggup tgk kita sakit beranakkn anak 1st haritu🥹

Baca lagi

Saya tidak arif dlm bab ini. Tp apa yg saya tahu, tidak berdosa jika menolak atas sebab yg kukuh seperti sakit. Namun jika tiada alasan kukuh, sy rasa eloklah puan pujuk suami sebaiknya. Sy yakin jika dia memahami dan redha, itu tak berdosa dan tiada masalah

berdosa sis.. pakai kondom.. kalau terbabas, ade ubat emergency, boleh beli kat farmasi.. 2 biji ubat tu.. kalau jenis yg merancang sendiri mmg wajib kena ada ubat tu.. bg sy laa.. sbb saya pun merancang sendiri..

1y ago

wajib ada tu sbb kalau dah tgh mlm farmasi kan xbukak, ubat tu kena makan terus lepas terbabas.. xboleh tunggu lama lama.. sediakan payung sebelum hujan.. hehehe.. semoga takde yg keliru dgn ayat sy..

tugas isteri wajib melayan suami.. jikalau tiada sebarang sakit atau keuzuran atas diri awak.. wajib layan suami.. boleh je bersama.. pakai kondom atau double triple protection..

kalau ikut hukum, berdosa la sis. sediakan lah condom dkt rumah sesiap. beli lah 2 3 kotak buat stock dkt rumah tu. kalau kena time subur tu, suruh la husband guna condom.

Tolak ajakan suami mmg berdosa. Except kalau mmg kita dtg bulan. Tp boleh bincang. Atau pun boleh je bersama tp pakai protection or buang luar.

TapFluencer

Kalau memang takda keuzuran berdosa. Apatah lagi suami tak redha. Sebaiknya berbincang dengan suami apa kaedah perancang yang boleh diambil.