10 Balas
1) awak dah dapatkan advise doctor tak semasa tahu awak hamil untuk terus kan penyusuan. please dpt kan advise dr doctor sebelom nak proceed penyusuan susu ibu. setiap condition mommy tak sama. ada je yg doctor bg proceed dan ada doctor advise utk stop bg susu badan dkt baby 1st 2) please dapatkan dr info yg benar. kalau info tu bukan dr doctor ataupon breastfeeding counselor jgn dengar. nah saya share posting dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g. Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa
First time pulak saya dengar pasal macam tu. Rasanya macam tak sahih je. Saya anak 1st setahun 5bulan masa saya tahu saya pregnant yang 2nd ni. Mula mula saya memang risau jugak. Tapi masa checkup dekat kk, nurse pun ada tanya anak yang 1st sekarang minum apa. Saya cakap jelah minum susu badan lagi. Dalam masa sama dia minum je air lain jugak. (Btw anak saya memany fully bf dari kecik. Dia tak minum susu formula). Tapi nurse or doctor takda kata apa pun. Dia kata okay je takpa. Asalkan anak ada minum air lain jugak. Mungkin biasa doctor suruh kurangkan sebab takut apa yang kita makan tak sampai dekat baby je. Kira dalam erti kata lain kena share pulak dengan 2 orang. Kalau anak sis boleh minum susu lain pun lagi bagus.
Sapa pulak lah momokkan awak dgn jangkitan cacing ni..takde pun.. just mintak advise dri doktor sama ada boleh atau tak utk teruskan penyusuan...itu je.. ada certain org okay teruskan penyusuan.. ada certain org yg tak okay..
Waalaikumussalam wbt.. sy xpernah dgr lg sepanjang sy kerja dlm bidang kesihatan ni sis.. apa pun better rujuk doktor untuk penilaian kes sis.. samada blh teruskan penyusuan atau tidak..
Xsahih rsanya sis.Sis preggy kn?Seeloknya sis start bagi anak ssu FM,tkut ny nnti ssu/pemakanan yg sis makan xsmpai vitamin nya dlm perut utk baby yg sis tgh mengandung skrg ni.
mcm sya ank masih bff 3 thn 5 bulan.skrng sya sarat.tggu due je bersalin.alhamdulillah ank minum susu tepung@susu kotak jugak.klau nk bff time tidur ja dy nk susu.
sama kes jugak. tapi nurse kata dkt sy tak ada mslh pun nak truskan susu bdn. apa apa pun, tanya je doc or nurse.
siapa yg kena jangkitan cacing tu? macam mana boleh dapat jangkitan cacing tu?
takda lah sis. sy prgnent. anak sy umur 3 tahun 5 bulan masih mnyusu badan.
aikk xpernah dengar