Emosi semasa berpantang

Asalamualaikum… Saya nak tanya, sini ada tak yang menghadapi situasi macam saya. Saya bersalin anak saya masa kandungan 36 week n bersalin emergency czer sbab Dr baru inform baby kecil dari usia kandungan. Bila bersalin Czer memang anak terasing dari ibu lah lepas bersalin. Saya hadapi masalah anak tak nak menyusu badan dan saya susah untuk menyusukan dia secara direct breastfeed. Anak saya ada demam kuning… Saya pernah try nak bagi direct breastfeed pertama kali after dia dh boleh keluar wad. Tapi nipple saya a bit flat n anak saya kerap menangis sbab x boleh nak hisap direct. Sbab kan takut dia lapar, saya bagi susu perah atau susu formula melalui botol susu. Dan sekarang dia agak sukar untuk membezakan botol susu dan breast saya sampai kekadang dia menangis. Saya ingat perah susu adalah cara terbaik, tapi saya silap. Saya stress and hampir meroyan sebab suami pun kerja n saya berpantang di rumah keluarga. Saya kena bangun 2-3 pagi n hampir seharian x lena sebab nak make sure anak minum susu. Saya adalah try bagi direct…Sekali dua jer dia minum. Saya berpantang pun macam tak berpantang. Makan pun kadang smua macam kurang nutrisi. Kadang risau nak bagi anak minum susu badan n yaaa… sekarang saya perah susu pun dapat sikit jer. Saya pun alami masalah saya macam nak terus merancang atau pun ikat terus supaya tak beranak lagi di hari kemudian even suami tak bagi. Tapi saya totally penat secara mental dan fizikal. Ada tak moms yg alami masalah macam saya atau lebih teruk? Macam mana korang handle masalah ni?#pleasehelp #firstmom #firstbaby #firstbaby #bantusharing

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan kena gali lagi ilmu penyusuan. Boleh follow nad masrom kat socmed. Anak 1st ni memang kita akan panic, huru hara, stress. Takpe kalau baby nak susu pakai botol saja. Tak salah pon puan. Puan pam susu & bagi tapi ikut jadual & disiplin. Tiap 2 jam sekali baby akan minum. So, tiap kali puan pam inshaAllah susu akan keluar cuma sikit/banyak je. puan kena banyakkan minum air, makan makanan berkhasiat, jangan stress. If tak cukup takpe, topup fm. Tak dosa & tak salah pon. Tak cukup ilmu memang kita akan penat panik. Saya pernah alami jugak. Tarik nafas, tenang. Mintak tolong suami or sesiapa dirumah tu tengokkan baby sementara puan berehat tarik nafas sebentar. ☺️👌

Baca lagi