Emosi semasa berpantang
Asalamualaikum… Saya nak tanya, sini ada tak yang menghadapi situasi macam saya. Saya bersalin anak saya masa kandungan 36 week n bersalin emergency czer sbab Dr baru inform baby kecil dari usia kandungan. Bila bersalin Czer memang anak terasing dari ibu lah lepas bersalin. Saya hadapi masalah anak tak nak menyusu badan dan saya susah untuk menyusukan dia secara direct breastfeed. Anak saya ada demam kuning… Saya pernah try nak bagi direct breastfeed pertama kali after dia dh boleh keluar wad. Tapi nipple saya a bit flat n anak saya kerap menangis sbab x boleh nak hisap direct. Sbab kan takut dia lapar, saya bagi susu perah atau susu formula melalui botol susu. Dan sekarang dia agak sukar untuk membezakan botol susu dan breast saya sampai kekadang dia menangis. Saya ingat perah susu adalah cara terbaik, tapi saya silap. Saya stress and hampir meroyan sebab suami pun kerja n saya berpantang di rumah keluarga. Saya kena bangun 2-3 pagi n hampir seharian x lena sebab nak make sure anak minum susu. Saya adalah try bagi direct…Sekali dua jer dia minum. Saya berpantang pun macam tak berpantang. Makan pun kadang smua macam kurang nutrisi. Kadang risau nak bagi anak minum susu badan n yaaa… sekarang saya perah susu pun dapat sikit jer. Saya pun alami masalah saya macam nak terus merancang atau pun ikat terus supaya tak beranak lagi di hari kemudian even suami tak bagi. Tapi saya totally penat secara mental dan fizikal. Ada tak moms yg alami masalah macam saya atau lebih teruk? Macam mana korang handle masalah ni?#pleasehelp #firstmom #firstbaby #firstbaby #bantusharing
seorang ibu ❣️