0² untuk sakit bersalin

Apa Itu Entonox Dan Kesan Sampingan? campuran oksigen + nitrous oxide ( ENTONOX ) Benda yg digunakan oleh wife Dato Sri Alif syukri adalah campuran oksigen dan gas nitrous oxide. campuran ini tidak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu mengurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua ( yelah dari takda langsung kan? ). Kebanyakkan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukannya. ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh mereka sendiri, kalau suami teman suami boleh pegangkan topeng muka ini. gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula. ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam. kesan sampingan ✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi ✅ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang atau pening sedikit ✅ada pesakit melaporkan berasa mengantuk atau ‘lalok’ dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus - jika ini berlaku ibu boleh berhenti menggunakan entonox Kalau entonox ini tak berkesan untuk anda, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk ‘berperang’ dengan kesakitan bersalin. Satu lagi, bukan semua hospital ada kemudahan entonox. Mana yang ada tu boleh la pakai, yang takde tu jangan meroyan plak bila tak boleh pakai entonox. Ada banyak cara lain yg bole bantu kurangkan kesakitan. Oksigen sahaja TIDAK berfungsi sebagai ubat tahan sakit. campuran oksigen dengan gas nitrous oxide yang digunakan dalam dewan bersalin baru berfungsi untuk mengurangkan rasa kesakitan bersalin. Jaga-jaga. Jangan tertipu ! Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan Kesihatan wanita & kehamilan Follow IG :@trb_marketing Facebook :Nur Afiqah

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy pakai ni ms nk bersalin. Walau pn rasa ngantuk n mamai tp mampu lg teran. Tau2 baby dh keluar.