Apa cara paling matang dan menang? Jika kita syak suami kita curang?
Saya rasa call dan hentam perempuan disyaki tidak sesuai.. Sebab belum ada bukti kukuh. Tapi dari jalan cerita nampak macam pelik.
Saya sejak mngandung 6 bulan ni. Ada naluri nak check phone suami. Kami berdua niaga online. Jadi memang kerap mesej pelanggan untuk jaga relationship.
Tapi pelik dengan mesej sorang pelanggan perempuan ni. Hari khamis saya tengok mesej hanya separuh,makna dia dah delete mesej sebelum. Tiada kaitan hal produk atau takaful (dia agent takaful juga) . hanya mesej ramah mesra kawan2. Tapi tiada panggil sayang2.
Malam sabtu jam 11.30pm dia keluar katanya jumpa client. Pagi esoknya saya periksa lagi tiada mesej dari si perempuan itu lagi. (Maknanya dia dah delete semua mesej)
Tapi di phone tertera nombor perempuan itu dihubungi jam 11.30malam sebanyak 2 kali.
Maknanya?? Dia jumpa.perempuan tu malam itu.. Apa perlu saya buat? Saya tahu perempuan tu x kahwin lagi.
RosaRosli