Ibu, Tingkatkan Kehidupan Seks & Kesihatan Pelvik Anda Selepas Bersalin Dengan Ikuti Tips Ini

Anda perasan tak, boleh dikatakan sekarang banyak lambakan produk berbentuk ubat bagi mengetatkan vagina seperti jamu, kapsul, pil dan sebagainya. Malah mereka suka menggunakan ayat berbaur lucah dan ghairah supaya dapat memperdayakan wanita untuk mendapatkannya. Tapi, persoalanya adakah ia benar-benar selamat? Walaubagaimanapun, setiap wanita yang pernah melahirkan anak akan berhadapan dengan situasi ini di mana mengalami sindrom kelonggaran faraj atau bahasa saintifiknya dipanggil Vaginal Relaxation Syndrome. Sebab itu wanita tidak digalakkan mengambil sebarang jenis bentuk ubat kerana ia boleh memberikan risiko buruk pada lantai pelvik anda. Tapi cara yang terbaiknya adalah dengan melakukan senaman kegel. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa dengan senaman kegel dan latihan lain mampu menjadikan otot pelvik lebih kuat seterusnya mampu mengawal gejala buruk yang lain. Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Kesihatan Pelvik? Atas sebab prihatin dengan masalah yang sering membelenggu wanita ini, kami ingin mengajak anda menyertai bual bicara bersama Dr. Diane K. Newman yang berasal dari US. Di mana beliau akan turun padang untuk mengupas tentang topik berkaitan kesihatan pelvik wanita yang mana anda perlu ambil tahu. Buat pengetahuan anda, event ini akan berlangsung pada 8 Februari 2020 (sabtu) bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Bertempat di Vibrance Pelvic Care Centre, 139 Jalan Maarof Bangsar. Untuk anda yang berminat boleh dapatkan tiket dengan dua pakej berlainan iaitu single ticket berharga RM 110 dan Twin Ticket berharga RM 160. Pembukaan Kelas KegelX Apa yang lebih best, Vibrance Pelvic Care Centre juga akan membuka dua kelas senaman KegelX yang cukup menarik untuk kesihatan kewanitaan anda. Untuk pakej pertama berharga RM 88 iaitu single class pass untuk 1 jam. Sementara itu, untuk pakej kedua berharga RM 158 iaitu twin class pass untuk 1 jam. Kelebihan yang anda dapat selepas sertai kelas ini adalah membantu menguatkan otot lantai pelvik, kawalan pundi kencing yang lebih baik, mempertingkatkan hubungan intim anda dan dilatih oleh Fisioterapi yang berkelayakan. Buat pengetahuan, kelas ini dibuka pada setiap hari dan di hujung minggu. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas dan Pelvic Health Talk ini, anda boleh daftarkan diri sekarang menerusi WhatsApp di nombor 011-5938 5962

Ibu, Tingkatkan Kehidupan Seks & Kesihatan Pelvik Anda Selepas Bersalin Dengan Ikuti Tips Ini
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya tidak dapat menyertai tapi boleh tak kongsikan macam mana cara senaman kagel ini??

5y ago

Masa mngandung boleh ye buat senaman kagel?

Mengandung boleh ye buat senaman kagel?