Hi salam mommy nk tanya sikit boleh?

Anak saya lagi 7hari genap 6bulan hehe. 1. Boleh ke saya bagi dia makan dulu? Atau kene genap 6bulan baru boleh bagi dia makan ya ibu ibu? 2. First meal kene bagi nasi bubur kosong je kan? Atau mommy boleh share kan meal 4hari kene makan apa dan next day kene makan apa. Then masak bubur kene masak cair sikit ke mcm mana ye? Sbb ada yg cakap jangan cair, ke macam mana ya? Saya dh beli bubur sumo tu. 3. Masa first month makan mommy bagi berapa kali 1 hari yaa? Dan boleh tak saya masak bubur tu bland kan pastu saya freeze kan? Nanti nk guna saya panaskan aje. Boleh je kan? Ke macam mna ye nk prepare? 4. Last, kalau saya takgenapkan dia makan umur 6bulan tu? Lepas makan tu saya kene bagi air msak ke ye? Ke takpayah? Ke mcm mna? Sbb doc yg cakap dekat saya takgenap bagi dia makan masa umur 6bulan pun takpe. Masa dia checkp 5bulan pun doc cakap kalau nk bagi dia rasa rasa makanan dh boleh dah. Tapi saya tak teringat nk tanya detail. Jangan kecam ye saya first mom. Hati tisu 🥺. Boleh nasihat baik baik kalau salah hehehe. Terima kasih🤍 #seriusnanya #ingintahu #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak boleh baca penerangan dr nurse ni 😊 Masih ada lagi yang dok tanya sana sini anak bawah 6 bulan boleh makan atau tidak. Jawapannya TIDAK. Malahan ada yang bilang jururawat di Klinik Kesihatan suruh makan seawal usia 5 bulan. Haih. Dah kenapa. Belajar dah bukan saranan untuk mula makan masa umur berapa? Lainlah kalau doktor cadangkan makan awal atas alasan tertentu! Jururawat jangan nak pandai-pandai ya! Jika anda rasa bayi kurang zat makanan, refer kepada doktor/pegawai pemakanan. Bukan anda cadang beli supplement itu ini, bukan anda cadang buat itu ini, kecuali vitamin yang dibekalkan di klinik setelah ditulis preskripsi oleh Medical Officer. Itu lain cerita. Dibawah ni link berkaitan kenapa tidak boleh beri anak makan. Berbuih mulut misi pesan. Naik cramp jari menaip pesanan demi pesanan. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2338658509478418&id=100000028740033 2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1551901468154130&id=100000028740033 Ini merupakan tulisan berkaitan bayi dan pemakanan sewaktu usia mencecah 6 bulan keatas. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1931529116858028&id=100000028740033 Tolong jadi ibu yang berilmu. Jadi ibu yang tahu apa yang terbaik untuk anak. Sudah-sudahlah #ibumuda #ibupertamakali Dengarlah #ibutua ni nasihat adik-adik oii. #BelNawhen

Baca lagi

1. Boleh. Doktor saya suruh bagi anak makan masa 5 bulan sebab dia kurang minum susu. 2. Boleh bagi bubur kosong / puree sayur atau buah. 4 hari makan benda sama takut2 ada alergi. Masak bubur tak payah cair sgt, lepas blend, lagi cair. 3. Mula2, 2 kali sehari. Boleh, nak campur sayur pun okay. Saya sejukkan dulu dan tuang dlm silicon yg mcm kiub ais tu. Lepas tu simpan dlm freezer. Tapi saya tak simpan lama2, mcm seminggu saya akan habiskan. Kalau sis nak fresh, boleh masak dlm slow cooker sblm tidur. Lepas bangun boleh letak dlm thermos. 4. Boleh minum air masak bila mula makan. Kalau tak, baby susah nak telan waktu mula2 tu.

Baca lagi
11mo ago

Bkn gynea sis…tp paediatrician…

nak info lebih jelas tentang pemakanan baby. follow fb happy baby food malaysia. dekat sana awak akan dapat info yg tepat tentang pertanyaan awak. sbb admin group tu yg akan reply kita. 4dr ni tak wajib pon. awak nak buat boleh xnk buat pon boleh. terpulang. fungsi 4dr ni utk kenalpasti baby kita alergik dgn makanan apa. xsemestinya kena buat 4dr. boleh je nak buat 3dr or 2dr. xde mslh. lepas tu awak juga boleh belajar cara mcm mana nk bg baby mkn. awak nk suap ke, awak nk buat messy eating ka. dekat sana pon awak boleh dpt mcm2 resepi masakan dr mommy yg lain utk awak cuba masak dekat baby awak😘

Baca lagi

Saya jawab mana yg saya pasti jela ye hehe 2. 4 days rule tu tak wajib kalau anak xde apa2 alahan / eczema. Tapi nak buat boleh je. Sy biasa buat 2 hari je & next terus tambahkan sayur dlm nasi. Selang dua hari tambah ayam pula. Jgn tunggu lama2 ok, seeloknya kena bagi complete meal, baru anak cukup nutrisi. Tekstur makan jgn cair sgt, tekstur kena pekat mcm mashed potatoes. Kalau cair xde beza dgn susu. Selebihnya mommy boleh rujuk dekat happy baby foods malaysia. Admin2 sana sgt membantu. Boleh search macam2 resepi sedap2 utk anak.

Baca lagi

1- anak cukup 6 bulan baru beri mkn. 2- yes, bubur kosong yg sgt halus. buat 4 hari berturut. lps tu baru continue tmbh protein. klu nak senang, beras sumo basuh dan blend jd halus then masak ats api smpai lembut. 3- utk pemulaan bg 2x sehari sahaja. klu nmpk dia makin selera blh bg 3x sehari. better bubur bg yg fresh, masak utk 2 kali mkn. blh buat stock beras sumo frozen, bila nk masak ambil 1 kiub terus. 4- klu bby xd masalah bmi xperlu bg mkn awal. sbb bila mkn, kena ada air masak utk bg bby minum. I don't recommend it.

Baca lagi
11mo ago

Anak saya ada masalah berat. Dia baru 5.6kilo😟

1) boleh 2) yup bubur kosg.. nak senang msk dlu bubur pas tu blend.. lps tu bekukan dlm bekas ais kiub btutp snang nk msk nant.. 4 days rule gne syur je dlu...carrot, kentg, keledek, brokoli, cauliflower.. 5) lps mkn bley je bg baby air msk sikit.. dpt 2-3 suap pun ok utk permulaan.. extra note: ade ssetengah baby x nak mkn.. tu normal ye sbgi permulaan.. keep offer.. klu baby x nak, tukar menu plak.. awal2 dpt 2-3 sudu pun xpe.. kte bru nak perkenalkn mknn utk dyorg..

Baca lagi

Kalau saya anak start 6 bulan makan cerelac,lepas umur dekat nak setahun makan bubur campur ikan bilis yg di blander,nak mudah sikit bubur halus kasih blander sekali dengan ikan bilis tu,tapi ikan biois tu bukan goreng guna minyak pulak,dia masak tanpa guna minyak,pastikan tulang dia dah takde.Jangan lupa bubur dia letak sayuran seperti lobak or brokoli,ikut kesenangan mommy mana nak bagi untuk baby

Baca lagi
11mo ago

cerelac tak digalakkan. tempoh masa yg lama tu untuk sampai nak ke setahun. beri real food. banyak makanan yang anak2 boleh explore.

boleh follow Happy Baby Foods Malaysia di facebook. banyak info, ilmu tentang pemakanan anak yang awak boleh study. search je keywords yang awak nak 😊