Milk booster
Anak saya dah berumur 4 bulan, memang reject botol jadi nya saya df sahaja. Tapi susu saya makin berkurang. Dah cuba mama’s choice almond powder, so far biasa je. Ada suggestion lain tak? #firstTime_mom

Milk booster saya adalah diri sendiri: 1. Tenang, elakkan stress. 2. Be a happy mom. 3. Belajar ilmu penyusuan susu ibu, so, kita kita tak panik/ stress bila berada dlm sesuatu isu penyusuan. Boleh follow Happy Breastfeeding Malaysia atau follow medsos Owh Didiyana. HBFM dan owh didiyana ni tak jual produk. Masa mula2 saya follow IG Norfazilah Abd Rahman, tak ingat ejaannya. Suka cara penyampaiannya. Saya dah uninstall IG. Haha. So, tak ingat ejaannya. 4. Minum air kosong secukupnya. 5. Ambil makanan lengkap nutrien dan tambah 500 kalori drpd keperluan kalori wanita biasa. 6. Kerap bersenam. 7. Niat menyusukan anak kerana Allah.. dan doa mudahan Allah kurniakan kecukupan dlm penyusuan.
Baca lagi