Milk booster
Anak saya dah berumur 4 bulan, memang reject botol jadi nya saya df sahaja. Tapi susu saya makin berkurang. Dah cuba mama’s choice almond powder, so far biasa je. Ada suggestion lain tak? #firstTime_mom

Milk booster ni try error sis.. milk booster x smestinye specific produk mcm tu, ibu mnum susu pn blh jd milk booster sbb ada org lpas mnum susu, susu bdan jd byk.. antra bbrapa boleh try minum susu/horlicks/milo/ air rebusan kurma merah & goji berry/ mkn sayur2 daun hijau/ mkn lobak putih/ mkn sup campur dgn betik yg mentah/ ada org bila mkn supplement breastfeeding blh dpt dri farmasi, susu meriah juga.. so x sama.. lain bdan lain.. selain tu kerapkn jarak penyusuan terutama waktu mlm., mnum byk2 air masak & jgn stress..boleh try buat power pumping juga Btl susu ni ikut supply & demand.. tpi ada org yg mmg susu berkurang juga wlaucmnepn, ni nmpk pnglaman kakak dah smpai 3 org anak mmg mcm2 dah try siap jumpa LC cuma xde rezeki juga bf lama.. paling lama 4bulan.. u know your own condition.. hrp2 lpas ni susu bdan byk semula
Baca lagiMilk booster saya adalah diri sendiri: 1. Tenang, elakkan stress. 2. Be a happy mom. 3. Belajar ilmu penyusuan susu ibu, so, kita kita tak panik/ stress bila berada dlm sesuatu isu penyusuan. Boleh follow Happy Breastfeeding Malaysia atau follow medsos Owh Didiyana. HBFM dan owh didiyana ni tak jual produk. Masa mula2 saya follow IG Norfazilah Abd Rahman, tak ingat ejaannya. Suka cara penyampaiannya. Saya dah uninstall IG. Haha. So, tak ingat ejaannya. 4. Minum air kosong secukupnya. 5. Ambil makanan lengkap nutrien dan tambah 500 kalori drpd keperluan kalori wanita biasa. 6. Kerap bersenam. 7. Niat menyusukan anak kerana Allah.. dan doa mudahan Allah kurniakan kecukupan dlm penyusuan.
Baca lagimcm mana sis thu susu berkurang? breast lembik bukan bermaksud susu takdek @ berkurang. sye sendiri dh try a few brands milkbooster, xmenjadi langsung. so sye makan je mcm biasa, makan makanan yg buatkan kite happy mcm coklat ke apa2 lah. kdg2 mungkin portion makan kite xckup so susu jd terganggu sikit. atau sis terlalu control pemakanan? try minum milo/horlick/ kopi ( ade sesetengah org kopi jd milkbooster).
Baca lagibreast sy dlm 1st month je pernah keras awak.. pastu 4m bangun pagi kalau masa baby tidur straight tk menyusu.. dan weaned off masa lebih 2y mommy.. oh ya sy tk pernah mkn apa2 yg claim as milk booster tu.. chill, breast lembik bkn tanda susu takde or kurang.. anak baru 4m, nk duk kt breast setiap masa pun bukan tanda susu tkde.. baby minum 1oz 1jam. cuba tgk 1oz tu byk mana je
Baca lagikalau DF x perlu risau apa2.. kalau kita terlalu fikir atau stress tu buat kita rasa susu drop.. makan minum je macam biasa.. macam sy masa tempoh menyusu anak sblm ni, sy suka minum hot chocolate, dan makan chocolate jgk.. dan sy rasa susu mencurah2 lepas tu.. mungkin juga apa yg sy makan tu buat sy mood happy.. Alhamdulillah hampir 3tahun anak menyusu..
Baca lagiAnak DF tapi kenapa awak kata susu dah drop? Cuba share. Milk booster ni tak perlu pun sebab konsep BF ni demand vs supply. Lagi pun favorite food awak pun boleh jadi milk booster awak. Be happy, makan secukupnya, rehat secukupnya and elakkan stress. Yang paling penting husband kena support your breastfeeding journey.
Baca lagiSetuju . Kalau ada demand ada la supply nya . Paling penting jaga mindset , boleh jgk try urutan belakang badan utk aliran susu 🥰
Just makan benda yg awak suka n buat awak happy. Menjadi wak. Btw boleh try horlick dan roti jagung!
Baik awak terima kasih