Ruam pada muka
Anak saya 1tahun 3bulan ada ruam kat muka. Ada cara tak nak hilangkan? Atau apa2 produk. Saya tak pasti sebab apa
saya perasan dua dua anak saya kalau panas dan kulit kering akan jadi ruam. jadi puan boleh sapukan losyen lepas mandi. setiap kali lepas mandi lap dulu bagi kering. dan sapukan keseluruhan badan. untuk brand apa kena try and error. semua yang orang lain suggest tu pun okay juga. untuk saya. kedua2 anak saya lebih sesuai sebamed. cari cream sebamed ultrasoft. mandian dia pun saya pakai sebamed ultra soft juga. cream tayah letak banyak pun tak pa. nipis2 ja. kecuali kalau kulit anak teruk sangat. dan kalau kulit anak teruk sangat puan boleh cuba mandikan dengan susu ibu. tuangkan susu ibu yang dah expired ka yang dah lebih waktu storage dalam air mandian dan mandikan. semoga dapat membantu puan dan dipermudahkan urusan.
Baca lagikalau baby sy pakai losyen snow white tu okey . dlu masa baby dlm 3bulan cam tu sy pakaikan hilang , now baby nk masuk 11bln lps mndi je sy pakaikan lembut jd kulit lps tu kalau kesan merah ii ggt nyamuk pon hilang , try la
Kalau tak pasti sebab apa, better rujuk dengan pakar kanak-kanak. Tak berani nak suggest apa2 produk sebab anak saya pun apa2 akan rujuk dengan paed.
anak sy dulu ngam dgn mayya baby. ruam sbb pns, peluh atau lps susu. kna kerap cuci bhgian ruam tu spya xda kesan susu yg mlekat.
Mustela cicastella. Satu tube rm56 something. Pls jgn beli product2 pelik… kesian anak.
Boleh kerap cuci selepas minum susu atau tkena air liur. Try produk mustela.
kalau sy sapu krim Bepanthen Baby kalau baby naik ruam
Boleh try lotion baby cetaphil with calendula..😊
sy bg baby pakai bedak sejuk saja..
sapu tepung ubi
Hoping for a child