Minum air gula
Ahad ni first time minum air gula. Takut, nervous semua ada. Ramai yg cakap tak sedap la, muntah laπ₯. Ada tips tak untuk minum air gula dgn enjoy nya? π #firstbaby #25w
Saya rasa tgok pada orang juga. Saya minum masa 16w, alahan baru nak berkurang. Pagi sebelum pi klinik tu termuntah kuning yg pahit tu, agaknya badan nak tolong kurangkan loya huhu. Pada saya takdelah teruk sgt rasa air gulanya, mmg manis tapi takdelah pekat melekit, minum tak stop tapi slowly dan rilek2 je. sedap pulak rasanya haha. bilas seteguk dua air kosong. lepas tu sambung check up mcm biasa, jadi tak terasa sgt masa menunggu 2 jam tu sbb jumpa nurse apa semua kan. semntara menunggu tu, pastikan duduk sandar dan rileks je. Siap balik klinik saya sambung masuk kerja alhmdulillah okay. Setiap orang beza tahap toleransi dgn rasa manis tu, boleh dengar tp jgn terlalu terfikir2. insha Allah moga dipermudahkan π
Baca lagipuasa dari jam 10 malam. bangun pagi pergi klinik awal dengan perut kosong, ambil darah & baca doa terus minum ja jangan fikir apa terutama bab 'manis' tu. kalau boleh tahan nafas terus teguk sampai habis jangan stop sebab bila banyak kali teguk tu rasa nak muntah. dah habis tu dok rileks ja layan suasana sibuk kat klinik atau layan hp jela supaya terlupa rasa tak sedap ditekak tu. boleh la hidu minyak angin kalau tak tahan juga tapi pastikan tak muntah. nanti kena ulang minum pula π. saya minum sambil pejam mata & tak peduli orang keliling dah. lepas tu tengok youtube sambil layan kesibukan di klinik ja. lupa terus baru lepas minum air gula tu. santai ja sampai ambil darah kali kedua.
Baca lagiNak minum jngan ambik bau. Sbb air gula kk nih mcm ada satu bau. Nnti kita akn ubah mindset rasa tak sedap lh nak muntah lah. N fikir awk nak minum air manis je. Jngan minum air sblm tuh. Sbb kalau kenyang kita akn rasa muak. Minum masa suam. Sy teguk 4/5 kali juga sbb cawan nye besar. Setiap kali teguk tahan nafas. Kalau boleh beberapa hari sblm jgn ambik benda manis. Sy buat mcm tu rasa puas hati mnum air gula sbb dh lama tk dpat benda manis π cuma tahan nafas je sbb sy takleyh bau air dia tuh. Mnum smbil menikmati pemandangan π jngan gopoh gapah. Misi takkan suruh awk mnum cepat cepat
Baca lagiSenang ja... time nk minum jng fikir apa..kosongkan minda..xda teruk sgt rasanye sedap je mcm minum ayaq gula pekat lebih manis sikit je.minum sekali harung ..lps minum jng minum ayaq & mkn tau..kalau xselesa rasa melekat kt tekak just kumur2 aje..then bertenang relex2 je.kalau result ok next appment baru nurse bagi tau..kalau ada sangkut GFM hari yg sama nurse akan call inform..ok je minum ayaq gula tu.sye lepas minum jadi byk tenaga plak sye sambil tunggu next ambil drh sembang je dng org sekeliling..jng dilayankan sgt rasa nk loya ke apa.
Baca lagiXde apa sis.. sy baru minum 3 hari lepas.. dpt perisa blackcurrent sejuk plak tu, mmg tgh haus.. sekali togak je habiss π alhamdulillah xde mual, xpening n xmuntah pon.. sy smpt balik rumah buat kerje rumah.. nk tunggu kan 2 jam amek drh balik..sblm smpai klinik tu sy set dekat mind air gula sedap π sy minum sekali nafas.. harap turn sis nnt baik2 sahaja.. InsyaaAllah! kuatkan semangat mommy to be! ππ
Baca lagiDekat tmpt saya nurse bancuh sekali bnyk sebaik saya org pertama jadi minum masih suam. Alhamdulliah takut jugak muntah tapi cuba fikir air biasa je minum sekali kalau tak boleh rehat jap minum lagi sebab penuh secawan susah nk habiskan sekali nafas.
Pastikan pergi klinik paling awal sis. Minum air gula masa suam2 panas lagi senang. Saya dua kali shot ja & fikir sbb lapar nk buka puasa . Alhamdulillah ok & jgn lupa bawa minyak cap kapak sbb manis dia tu buat kita pening kepala juga la π
Minum jgn berhenti tp secara perlahan jgn laju2 nnt tesedak .. lepas dah minum standby bawak minyak panas yuyi ke apa apa yg dah biasa letak dekat hidung kepala .. jgn tnggu pening atau nak muntah baru letak tau.. letak je awal
Air gula tempat saya dia ada perisa oren. Kalau nak minum tu saya anggap yg bancuh tu terletak gula lebih, anggap je mcm tgh minum oren sunquick. Kalau sis jenis minum air banyak, teguk lebih sikit biar cepat habis hehe
kalau tips saya senang je jangan minum sikit2 tapi minum satu kali sebab bila minum sikit2 kita boleh rasa muak kan manis kalau minum satu kali rasa manis dia datang kemudian hahaa takda lah rasa nak muntah ke apa π
Preggers