Adakah saya seorang sahaja begini
Adakah sy sorang je yg serik nak ada anak lagi sbb trauma dgn sakit bersalin? Walaupun sy dah berjaya mengharungi proses bersalin normal dan bersalin czer dan sy tahu tak mati pun sakit bersalin tu. Tapi sy dah serik nak mengandung lg sbb bila teringat je sakit tu sy takut n sy xnk rasa dah sakit tu. Ini kesakitan2 yg sy x bleh lupakan: sakit contraction, sakit kena masuk belon induce, pedih kena seluk, pedih dimasukkan urine catherer, pedih luka czer yang 2 minggu baru hilang, sakit kena cucuk ubat cair darah 7 hari lps czer (biasa org kena 10x nasib baik sy kena 7x je), sakit kena cucuk jarum ambik darah setiap bulan, sakit sembelit byk kali dlm pantang. Pendek kata, sy mmg xnk rasa sakit. Adakah sy bukan perempuan sejati bila sy dah xnk lalui lg kesakitan2 tu? Bila ada perempuan anak ramai, yang dah ada anak and nak mengandung lg, sy sgt kagum mcm mana dorg tak serik nak lalui kesakitan2 tu. Bak kata doktor bila saya kata sy xnk anak lagi sbb serik sakit bersalin, "sakit mmg sakit, antara ingat dgn x je". Kalau mcm sy, mmg sy xkn lupa sampai bila2 sakit tu, sbb sy jenis x tahan sakit. Kalau ikutkan sy nak pasang iucd tp x jadi sbb takut sakit, tp sy akan pasang implanon setiap 3 tahun sampai sy menopaus, xnk mengandung lg punya pasal.