Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Anak saya ada lip tie. Gigi tengah atas dia menjadi kekuningan. Bagaimana utk atasinya?

4y ago

Hi Pn Nur, Gigi jadi kuning mungkin tanda awal karies gigi.ini boleh berlaku kerana susu terperangkap di bahagian atas gigi tempat lip tie.jadi setiap kali makan atau menyusu puan kena bersihkan gigi dan gusi anak puan. Puan boleh guna ubat gigi yg berflorida. Pn juga boleh bawak ke klinik untuk check up dan sapuan florida. Terima kasih