Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

selamat pagi... nak tanya dlm awal kehamilan normalkah...sakit pinggang dn bwah pngkal rahim?

Hi Dr sri, Bagaimana kita nak bezakan bayi demam biasa vs demam teething vs demam covid?

3y ago

Hi Pn, Jika demam teething puan boleh nampak tanda tanda lain seperti air liur meleleh, baby suka gigit dan gusi kemerahan. Deman covid boleh dikesan dengan saingan covid. Demam tanpa sebarang symptom lain puan harus ke klinik atau hospital untuk berjumpa dengan pakar pediatrik. Thank you

VIP Member

Anak saya ada lip tie. Gigi tengah atas dia menjadi kekuningan. Bagaimana utk atasinya?

3y ago

Hi Pn Nur, Gigi jadi kuning mungkin tanda awal karies gigi.ini boleh berlaku kerana susu terperangkap di bahagian atas gigi tempat lip tie.jadi setiap kali makan atau menyusu puan kena bersihkan gigi dan gusi anak puan. Puan boleh guna ubat gigi yg berflorida. Pn juga boleh bawak ke klinik untuk check up dan sapuan florida. Terima kasih

hi dr, bila waktu yg sesuai utk bawa anak ke pemeriksaan gigi?

3y ago

Hi Pn Suriani, Seeloknya bawak ke klinik setelah gigi pertama anak dah tumbuh. Thank you

kenapa susu seblah kiri baby bengkak seblah kanan tidak

VIP Member

Boleh syor kan x Ubat gigi utk baby 1thn6bln

3y ago

Hi Pn, Saya syorkan ubat gigi yang tidak berperisa untuk mengelakkan daripada ditelan.Pn juga boleh menggunakan ubat gigi yg berflorida rendah dan hanya letak secalit ubat gigi sahaja. Terima kasih