Anak kena HFMD

Ada yang anaknya pernah kena HFMD tak?? Anak sy sekarang dah 4hari demam disebabkn hfmd dan sampai sekrang tk kebah².. First day kena haritu sy tk tau sy ingtkn cuma demam biasa so sy bg ubat demam je dan tengah malam sy akan lap² badan dia dgn kain basah sampai laa badan dia sejuk balik. Next day sy hairan sikit kenapa demam dia tak kebah² macam demam biasa so decided dengan papa dia bwk pergi hospital.. Sampai je hospital doc ambik darah and the result anak kena hfmd tp tk serius la.. Puncanya sebab makan benda kotor or benda² yg dia kutip. Anak sy sekarang dalam fasa merangkak so maybe la dri situ dia kutip² benda yg dia jumpa and masukkan dalam mulut. Doc pun ckp yg anak sy ni tk serius sgt pun just make sure bagi ubat 4 kali sehari dan demam akan² slow² hilang.. Tapi sekarang dh 4 hari demam tk kebah² langsung. Memang mcm tu ke effect hfmd ni?? Risau sy anak demam panas mcm ni 😞 Sy dh buatkan sup bubur untuk dia, bagi makan buah, kerap mandikan dia untuk turunkan panas tu, ubat pun ontime tp tk kebah langsung.. Bagi ubat dalam sejam cmtu dia happy balik boleh makan minum apa. Tapi lepas 2 jam panas balik sampai merengek² menangis tk henti². Tido pun terkejut² cmtu tk lena. Sy dh tk tau dah nak buat apa sekarang supaya demam dia berkurangan. #seriusnanya

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selalunya lebih 3 hari demam tak kebah kena bawa pergi hospital semula.

2y ago

tunggu papa dia balik je ni terus gi hospital

pergi hospital