Anak 2 tahun 2bulan masih menyusu badan
ada tak kat sini yang anak menyusu semasa hamil ? x apa ke ? sy hamil tpi blom cek ke dr lgi, test upt DCB dan caset naik double line terang, tpi ank masih menyusu badan ..
Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa
Baca lagiBoleh je sis, tengah mengandung sambil anak menyusu badan..asalkan x memudaratkan kesihatan ibu..insya Allah, dua2 anak akan dapat nutrisi yg seimbang. Tapi kalau sis risau, boleh usaha stopkan mnyusu utk abang/kakak dia. Pengalaman saya Alhamdulillah dari anak pertama, fully bf, mengandung still bf, lahir anak yg baru bf, sekarang mengandung lagi anak ke tiga. Anak kedua masih bf. Just agak rasa sakit dan nyilu breast kta sebab tgh mngandungkan. Tgh nk produce susu baru. Slow2 bagi anak lepaskan susu badan. alhamdulillah msk kndungan 5 bulan mcm tu, dia dah menolak nak susu bdn. maybe x selesa kot sbb perut ibu dia tgh mmbesar😜 Allah dah aturkan jalan yg terbaik. selagi mampu utk bf, kta usaha utk bf. Jgn pksa diri dan stress kan diri kalau x mampu. Lalui fasa mengandung, melahirkan dan menyusukan yg indah dlm hidup..😍
Baca lagiOk, sama-sama😍
anak sy pn menyusu ketika sy hamil. benti susu masa sy hmil 6bulan. ok je sis...cumanya penat.. tu je. slow2 ajar anak utk bnti susu... dan cuba bg susu formula kt dia pelan2. alhamdulilah skg sy dah hamil 9bulan anak sy bnti sndri susu. ibu kena kuat ya kdg dia menangis.. tu perkara biasa proses bnti susu. cuba try sapu batawali, asam jawa, minyak angin dan sebagainya yg x memudaratkan dekat puting.
Baca lagiok , nnti sy cuba sapu , dia ok susu formula, cuma nya klu tgh malam dia nngis nak susu bdn, klu siang dia x susu bdn dh,
dlu adik ipa sy ms dia pregnant..doc nasihatkan dia tuk stop bg ank susu bdn .sbb bila menyusu akan berlaku pengecutan rahim ... mcm ank puan pn dh 2 tahun 2 bulan kan ..dh blh stop dah mnyusu bdn... kalau msih juga nk nyusukan ank..puan cuba la consult dengan doc ttg ini .kerana doc lg pakar dan mengetahui kondisi puan bagaimana ketika ini..mg dpmudah segalanya..Allahuma aamiin..
Baca lagibetul tu. ini saya setuju. saya masa tau pregnant 2nd baby mmg baby 1st masih minum susu badan. masa tu umor dia 1tahun 2bulan. mmg direct consult doctor dn tnya pakar lactation. doctor advise soh stop takut nutrisi tak sampai dekat baby. dn pakar lactation advise boleh menyusu cuma berisiko sebab ibu hamil dan menyusu ni kongsi hormon yg sama. dan semasa baby menyusu / kita mengepam rahim kita akan mengecut.
sya ank masih bff usia ank 3 tahun..dy minum jugak susu tepung dlm botol...susu bdn sya bnyk..skrg second bby 14w2d..masa g kk sya ada mintak pendapat misi dkt kk nk stopkan susu badan..misi ckp syg la nk stopkan esok bila bersalin susu tk ada..
Bergantung pada individu seseorang. kalau tak memudaratkan puan boleh je bg tapi jangan terlalu kerap dan waktu yang lama. Rasa sakit stop. Kalau ok je xde apa2 simptom boleh teruskan. Pengalaman saya iya sangat2 membantu untuk penghasilan susu. 😊
haah x kerap jga sis, tgh mlm sj dia nak tu pn skjap2 , siang pn x lama dia mnyusu bdn 5mnit sj skjap2
saya time pregnant pun mnyusukan anak juge..kalau xde ape2 effect time nyusu mcm perut sakit,bole je teruskan
ank 2 thun 10 bln msih lgi tpi mlm bila nk tdur je sbb puting sakit klau dia nyonyot.. tak bgi tak nak tdur pula..
26 mnggu sis 😅
xde mslh pon menyusu semasa hamil. kecuali ada mslh kesihatan and doctor yg suruh stop kan.
Seeloknya berenti sis. Anak pun dah 2yo so x brgntung pd susu dah
dia x selalu myusu jga sis, klu time dia tgh tdur lpastu tbgun nngis2 time tu bru bgi susu
Be kind❤️