Najis bayi

Ada tak ibu2 yang bagi anak dia minum susu lactogen langkah 1? Memang minum susu ni akan berak 3hari sekali ke? And najis baby memang akan jadi hijau lumut ke?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam sy baru je bersalin, susu bf x banyak sgt tapi saya bg jugak kat anak.. Dan susu fm, sy bg susu lactogen 1 ni... Alhamdulillah anak berak setiap hari, kadang lepas tukar pampers dia berak lagi.. Tapi najis anak saya mcm cirit tu kaler kuning.. Bukan kaler hijau.. Normal kan ibu semua? Almaklum lah, first time mummy.. Nak juga tahu.. Hehehe.. Maybe anak sis dah x sesuai kot minum lactogen.. Sis cuba try susu lain.. Dutch lady pon boleh sis..

Baca lagi

baby sya dh 3month minum susu lactogen , sebulan gn 2buln ok je dia minum masuk 3bulan baby sya kerap berak ii najis jdi hijau lumut..pergi check up haritu berat baby turun , nurse minta tukar susu . sekarang baby sya minum susu dupro harap ii ok lah .

first anak sy minum masa 2month setiap hari berak kadang sehari 2/3x.. now 3 month kadang 2/3 hari bru berak.. doc ckp normal ja selagi perut xda keras.. berat badan pon btambah..

Kalau najis dah bertukar color hijau..baby tak sesuai dgn susu tuh, baby minum susu formula normal akan berak hari2..untuk bf normal kalau 2 3 hari tak berak..

Sy bagi anak enfalac. Baby berak elok. 2 kali plg pun. X sembelit. Wrna najis seakan pd mulanya kuning mcm bf. Lps tu ke wrna hijau bila nk msk 2 bulan.

sama la saya pun baru 2minggu guna lactogen. Berak pun kdg dua hari tak berak kdg 3hari juga. Najis pun warna hijau pekat. Risau juga tp normal ke???

anak saya 2 kali sekali berak.. nurse ckp normal sbb saya masih cmpur susu badan dgn susu formula..najis dia pon warna hijau lumut mcm tu

takut baby tak sesuai dgn susu lactogen tu. Mungkin boleh bawak baby check doctor sis kalau kerap najis hijau and tak yakin ok ke tak.

Tahi jadi hijau sebab susu tu rich dgn zat besi / iron. Mcm kite jugak preggy mkn folic acid taik jadi hitam.

VIP Member

Anak saya minum lactogen baru 2-3 hari dan saya tengok dia susah berak + selalu muntah

2y ago

sama...kena tukar susu?