gangguan ketika mengandung

Ada tak ibu ibu yg tgh mengandung terkena gangguan seperti ternampak2 sesuatu atau kelibat2 atau seperti diperhatikan. Saya mengalami skrg. Skrg sy mengandung 6bulan. Sy cuba tido tapi seperti diperhatikan. Ada kala mase tgh mandi pun sy rase ada yg terperhatikan. Adakah sebab bende2 tak elok suka kepada ibu hamil. Ada sesiapa ada pengalaman mcm ni?

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Alhamdulillah setkat ni Takda macam Tu. Kalo mimpi2 tu pernah bila tertido tak terbaca apa2 sebab ngantok sangat. Sejak tu dah berhati2 dah 😂.. Ibu hamil ni memang kena sentiasa ada ayat pendiding diri sis. Kena rajin baca quran tak boleh leka biarkan diri kosong mcam tu je. Cuba amalkan setiap hari yassin, buka surah al- baqarah, ayat2 simple untuk pendiding Diri boleh baca 3 qul, ayat kursi bila2 masa sahaja terutama lepas solat. Semoga Kita semua dilindunganNya selalu. Aamiin..

Baca lagi