βœ•

Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa β€œni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❀️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

91 Balas

salam takziah sis..sis jaga pantang,jaga kesihatan yer..insyaAllah,semoga ada rezeki lagi lepas nie πŸ₯°πŸ₯°

InshaAllah. Aamin. Semoga ada rezeki lagi lepas ni πŸ₯°

semoga dikurniakan zuriat, saya 2 kali gugur, sekarang yg ke 3, alhamdulillah 8 bulan usia kandungan

Alhamdulillah...baby dah 1 tahun 😊

Sama dgn saya 6w gugur hari ni..terase khilangan.. mudahan akan datang Ada rezki lagi nanti....

ya sis..kluar sendri..waktu scan Shari sblm Tu Masih ok kantung and fetus..sy xprasan ngndung ..lpas tau positif ngndung start dri tu sntiase kluar darah bkn spoting...cube jage jgk dan berharap yg baik2 tapi mngkin xde rezki..in sha Allah akn dtg pasti yg lebih baik sy doakan awk juga Ada rezki ngandung lgi ...❀️

moga sis kuat, sy pon dh dua kali keguguran, moga lepas ni kita ada rezeki lagi aminnnn

semoga awak cepat sembuh... insyaallah ada rezeki awak nanti untuk menimang cahaya mata 🀲

kesianya kat awak...rehat pantang baik-baik tau..

semoga ada hikmah disebalik ujian sis dan semoga sis dipermudahkan utk mgandung lagi.. Amiin

Aamin. InshaAllah. Terima kasih bagi kata semangat and doa. β™₯️🌹

insyallah ada rezeki nanti sis. semoga kuat yee. jaga kesihatan lepas ni. ada hikmahnya .

Aamin. Terima kasih awak β™₯️🌹

semoge ibu kuat..Insyallah pasti ade rezeki lagi dan kemanisan yg menanti...πŸ’•πŸ’•

smge ibu tabah ye ... redha dgan ketentuan illahi ... insya Allah psti akn datang Hari YG dinanti ... Allah uji sbb Allah syg kite...

Semoga diberi kekuatan buat puan, insyaAllah ada rezeki lagi selepas iniπŸ’ͺ🏻

Aamin. Terima kasih Puan β™₯️✨

semoga ibu tabah ea. InshaAllah ada rezeki akn datang 😍. Selamat berpantang ,

InshaAllah. Tu la. Tengah berpantang ni. Hahahaha. Nak kena mengurut balik semua. Aduii tachoddd. 🀣

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan