17 February 2021, Pukul 11:10 A.M, merupakan tanggal yang tak pernah aku lupa sampai sekarang ini. Di hari itu lah, anak kami dilahirkan dengan begitu sempurna, sihat dan cantik manakala si ibu pula selamat melahirkan cahaya mata secara "Normal". Sebelum itu, saya masih ingat dengan kata2 dari seorang nurse ataupun lebih tepat lagi seorang ibu dari 5 anak(mengakuan beliau). Bunyinya seperti ini "jarang first mom boleh melahirkan anak secara normal. Kebanyakkan mereka bersalin secara ceaser sebab terpaksa dan takut ada risiko terhadap bayi mahupun si ibu tersebut. Awak ni dikatakan bertuah dan beruntung bersalin normal" kata beliau kepada saya masa tu. Dan sampai sekarang ini saya masih ingat akan nasihat beliau ditambah lagi masa tu zaman kes covid-19 terus menaik. Si husband masih tunggu kat luar wad bersalin dan saya tak sempat nak minta restu dan doa seorang suami walaupun keadaan kat hospital masa tu huru hara sebab tak cukup katil untuk pesakit ditambah kekurangan staff dan doktor. Pada masa tu, saya dapat rasa begitu susah nak bersalin time covid19. Dalam hati begitu risau dan takut tapi saya kuat walaupun tiada suami di sisi saya. Ibu saya tak dapat hadir sebab mereka masih dalam proses kuarantin di salah satu area pendalaman(perkampungan orang ulu). Hanya dapat melalui Video Call sahaja untuk bertanyakan khabar. Keesokan harinya, saya dan bayi kami dapat pulang ke rumah setelah semuanya selesai. Dan aku berpantang sendiri tanpa ibu kandung mahupun ibu mertua. Segala urusan makanan dan minuman ku diurus oleh si suami. Pada masa itu, aku berusaha membantu si suami apa yang mampu aku tolong. .yelah masih dalam proses berpantang yang lain tu suami yang banyak tolong dan aku hanya tolong cakap saja😁. Dan setakat ini sahaja cerita dari pengalaman saya menjadi seorang ibu. Semua ibu kan ada story dia masing2 dan hanya seorang ibu itu sahaja yang dapat rasa kebahagiaan dan kepahitan dia dari bersalin sampai berpantang. Sekian dari saya, Terima Kasih☺