10 tahun TTC. Hanya bertahan 7 minggu.

10 tahun TTC. Beberapa kali IUI, gagal. Allah Maha Kaya.Dia datangkan kegembiraan mengandung secara neutral. Tapi Dia juga sebaik-baik perancang. Kandungan hanya bertahan 7 minggu. Sekarang sedang menanti ‘si kecil’ keluar sendiri. Doakan saya terus kuat. #miscarriage #miscarriage7weeks

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Innalillah, saya turut bersedih mendengar mengenai pengalaman yang anda lalui. Sungguh mencabar dan memerlukan kekuatan yang besar untuk menghadapinya. Saya amat memahami perasaan anda pada ketika ini. Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa bersabar dan percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Walaupun kita mungkin tidak memahami hikmah di sebalik ujian yang diberikan, namun percayalah bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Saya turut berdoa agar anda diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi cabaran ini. Semoga Allah memberkati anda dengan kebahagiaan yang lebih besar di masa hadapan. Jangan berhenti berdoa dan berusaha, kerana setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda. Semoga Allah mudahkan segala urusan anda. Amin. #miscarriage #miscarriage7weeks https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Artinya : "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Q.S Al-Baqarah: 153). semoge dipermudahkan segala urusan sis. semoge digantikan dengan baby kembar nanti. 🤲✨

Baca lagi

InsyaAllahh... awak kuatt.. redhaa... saya 7 tahun menanti, 7 bulan sahaja Allah bagi merasa dy ada dalam rahim saya.. Allah ambil semula... bila saya redhaa alhamdulillah 8bulan lpastu allah bg merasa lagi jadi ibu.. sekarang da 5 bulannn.. doakan saya ya.. saya pon doakan awak smuaa yg tgah ttc ni dikurniakan malaikat kecil🤲🏻🤲🏻aminn

Baca lagi
7mo ago

Aamiin 🤲🏻

sabar ye puan .. Allah sebaik-baiknya perancang.. kite follow je.. sentiasa bersangka baik dgn Allah ye.. jgn putus asa.. pasti ada sinar di hujung jalan.. sy bercerita ikut pengalaman sendiri.. 12 thn ttc, gugur 2 kali .. gugur kali kedua mmg redha dh .. tp tu la Allah itu perancang yg maha baik .. Dia kurniakan jgn seorg puteri SBG penyeri hidup kami suami isteri.. Alhamdulillah..

Baca lagi

Sy pun kalau ikut period dah 12 minggu.. Tapi pergi scan baby baru 6minggu.. Harini pergi lagi baby jadi 5 week lebih dan xad jantung.. Doc bg surat jumpa OnG.. Tunggu 2 minggu lg dapat tarikh untuk cek semula.. Sama ad dlm masa 2 minggu lagi dy turun sendiri @ cuci.. Saya berharap Allah bg sy keajaiban agar janin sy ad jantung dan membesar mcm biasa 😢

Baca lagi
7mo ago

amin

kita diuji...dgn ujian masing2... yg mengharap dpt anak, tk kunjung tiba.. org yg takpe takde anak, baru kawin dah lekat.. semoga kita terus kuat hadapi ujian kita.. ya allah, kuatkan aku utk menjalani ujianmu

Baca lagi

Sepanjang 10tahun ni pernah cek ke pakar o&g x? saya tggu 6tahun 1st baby...4x kguguran awal trimester...rupaanya ada penyakit autoimune ..... syukur, skrg baby 4bulan

7mo ago

ok baik.. makasih infonya yaa🥰

insyaAllah mommy org y kuat..sabar redha insyaAllah ada pelangi d sebaliknya Allah ganti y terbaik nnt.jgn pernah berhenti dan putus mengadu padaNya

VIP Member

mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin..mg puan kuat smgt..dan mg Allah gnti kan yg lebih baik lepas ni.. Allahuma aamiin

sy 5 tahun tngu lpas tu gugur tahun lepas akhir tahun alhmdullilah bulan 2 disahkn mengandung sekarang dh 4 bulan dh