Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Excited to become a mum
Baby mengerang dan tak berapa nak pandai muntah
Assalamualaikum, baby saya tak sampai sebulan lagi. Kerap mengerang semasa tidur dan buat muka seolah olah nak muntah. Saya cuba mengiringkan dia, dan dia hanya muntah sedikit saja. Dan selebihnya dia akan menangis dan buat muka seolah olah nak keluarkan lagi muntah tapi tak dapat @ tak pandai. Macam mana yaa tu? Terjadi semasa tidur je.
Sakit di bahagian bawah perut berhampiran ari ari.
Hai, saya new mommy. Kandungan besok genap 30 minggu dah start sakit sangat kat bahagian atas kemaluan tuu. Bila baring sakit nak berpusing ke kiri ke kanan tuu. Kalau duduk lama nak bangun pun sakit. Ada ke apa apa senaman ringan yang boleh saya lakukan untuk kurangkan rasa sakit ni? Semalam pergi hospital alhamdulillah check baby semua okau dan sihat. Cuma doktor kata sakit tuu boleh jadi berpunca daripada kepala baby dah kat bawah masuk laluan. Saya ingat nak cuba lakukan senaman ringan sikit untuk kurangkan rasa sakit nii. Ada sesiapa yang tahu? Terima kasih.
Susu badan
Assalamualaikum mommies, saya sekarang 18 minggu. Masa 17 minggu haritu ada keluar susu badan tapi hanya sikit dan sebelah kanan. Sekarang dah takada. Memang normal yaa susu badan keluar seawal kandungan 17 minggu? Saya first mom takada pengalaman lagi hehe
Muntah-muntah
Hi, saya sekarang pregnant 15 weeks, dahh masuk trimester 2. Tapi saya punya muntah masih ada lagi, tak sekerap masa awal mengandung tapi boleh dikatakan 3,4 hari sekali akan muntah. Selera makan dah ada semua benda boleh makan tapi kadang kadang bila dah sudah makan dia termuntah semula makanan tuu. Kenapa yaa? Normal yaa benda tuu? Ingatkan early pregnancy masa trimester 1 je akan muntah-muntah.
Zincofer untuk naikkan HB low
Hi, saya sedang pregnant 10 weeks. Dahh bukak buku pink dan dapat detect hb saya low. Hanya 9.4 saja. Isnin depan kena check up kk semula. Masa bukak buku pink haritu doktor ada bagi ubat zincofer, saya cuba makan dahh semasa perut kosong di awal pagi. 3 hari pertama makan okay, boleh telan sebab makan bersulamkan air sunquick oren tu. Sekarang pun sama masih bersulamkan air sunquick oren tuu cuma dah 2 hari kebelakangan nii saya akan muntah air semula setelah setengah jam makan zincofer tu. Ada ke mommies yang penah alami macam saya? Saya risau sebab next week nak check HB semula 🥹