Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mom of 1 little active girl and soon baby ❤️
Perut rasa padat and senak bawah breast
nak tanya, saya baru 26w tapi dah start rasa senak and tak boleh duduk tegak sangat, normal ke mummy? baru start rasa sebab masa pregnancy anak first tak rasa macam ni masa 2nd trimester.
Anak 6 Bulan tak nak makan
Assalamulaikum, saya nak tanya pendapat mummy semua. Anak saya dah 6 bulan and saya dah start bagi makan awal seminggu. 11/3 hari tu genap 6 bulan. Seminggu tu selera makan dia okay je semua makan tapi bila 2-3 hari ni dia tak mahu makan even fav buah dia pun tak nak. Dia hanya makan biskut baby je. Selain tu dia meragam juga. Adakah ini tanda dia nak tumbuh gigi atau saya kena tukar menu lain untuk dia? Risau juga kalau dia lapar. Terima kasih mummy ❤️
Luka jahitan
Saya dah berpantang 20 hari. Benang kat luka dah tercabut sendiri tapi luka macam terbuka sikit. And bila bersihkan ada darah and sakit sikit. Ada cadangan apa apa tak sebab saya risau luka tu lambat baik. Terima kasih ye ❤#firstmom
Booking date buat buku pink
Assalamulaikum nak tanya.. Saya baru 7 week.. Kalau saya start nak buat booking untuk buat buku pink kat kk dah boleh ke? sebab doc ada suggest untuk pergi book tapi tak tahu week berapa 😅 thank you hehehe ❤